Akaun Yuran Ahli

 
 
6.3

Akaun Yuran Ahli

 
  Yuran  
  Sumber pendapatan utama bagi kelab dan persatuan yang dibayar oleh setiap ahli.  
     
 

Jenis-jenis Yuran

  1. Yuran masuk
    • Yuran yang dibayar oleh setiap ahli baharu.
    • Dibayar semasa pendaftaran.
    • Boleh dikategorikan sebagai pendapatan hasil atau pendapatan modal bergantung kepada dasar kelab dan persatuan berkenaan.
  2. Yuran tahunan atau yuran bulanan
    • Yuran yang dibayar oleh ahli pada setiap tahun atau bulan.
    • Dikategorikan sebagai pendapatan hasil dan akan dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
  3. Yuran pertandingan
    • Yuran yang dikenakan kepada
      ahli dan juga orang ramai
      yang ingin menyertai pelbagai
      aktiviti pertandingan anjuran
      kelab dan persatuan.
    • Dikategorikan sebagai
      pendapatan hasil dan
      dikreditkan ke Akaun
      Pendapatan dan Perbelanjaan.
 
  Yuran Semasa  
  Yuran yang diterima dalam tempoh perakaunan semasa. Dikreditkan ke dalam Akaun Yuran.  
     
 
  Yuran Lapuk  
  Yuran belum terima pada tahun kewangan yang lepas dihapuskan dalam tahun perakaunan semasa kerana tidak dapat dikutip daripada ahli. Dikategorikan sebagai perbelanjaan hasil dan didebitkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.  
     
 
  Yuran Belum Terperoleh  
  Yuran tahun akan datang yang telah diterima pada tahun kewangan semasa. Dikategorikan sebagai Liabiliti Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.  
     
 
  Yuran Belum Terima  
  Yuran tahun perakaunan semasa yang masih belum diterima. Dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.  
     
 
Penyediaan Akaun Yuran Ahli
  • Yuran ahli direkodkan mengikut prinsip pengiktirafan hasil dan belanja.
  • Mengikut prinsip ini, yuran yang diterima hendaklah diselaraskan terlebih dahulu sebelum dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
 
Format Akaun Yuran Ahli