Kelab dan Persatuan

6.1

Kelab dan Persatuan

 
  Kelab dan Persatuan  
  Organisasi bukan bermotidkan untung yang ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya.  
     
 
  • Tujuan penubuhan adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli.
  • Perlu mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966.
 
Tatacara penubuhan kelab dan persatuan:
  1. Mengadakan mesyuarat penubuhan 

  2. Menetapkan nama pertubuhan, alamat berdaftar dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja

  3. Menetapkan undang-undang perlembagaan pertubuhan

  4. Membuat pendaftaran pertubuhan dalam sistem eROSES

  5. Menyemak permohonan pendaftaran selepas bayaran Fi dibuat

 

Tatacara penubuhan entiti berorientasikan keuntungan:

  1. Mengisi dan mengemukakan Borang 'A'
  2. Mendaftarkan perniagaan
  3. Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran (Borang D)
  4. Mempamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran
 
Tujuan Penubuhan Kelab dan Persatuan
  • Menjaga kepentingan ahli
  • Menyediakan kemudahan kepada ahli
  • Mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan kepada ahli
 

Kelab dan Persatuan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ahli serta tidak berorientasikan keuntungan manakala, Entiti Berorientasikan Keuntungan ditubuhkan dengan tujuan keuntungan dan tiada matlamat menjaga kebajikan ahli.

 
Sumber Kewangan Kelab dan Persatuan
  • Yuran pendaftaran
  • Yuran pertandingan
  • Kutipan jualan pesta ria
  • Sewa Diterima kerana penyewaan kemudahan kelab
  • Jualan Aset Bukan Semasa
  • Derma
  • Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan
  • Faedah atas pelaburan
 
Kelab dan Persatuan Entiti Berorientasikan Keuntungan

Mempunyai Akaun Yuran

Tidak mempunyai Akaun Yuran

Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam buku tunai dan dirumuskan dalam akaun penerimaan dan pembayaran

Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Buku Tunai

Lebihan = Pendapatan Hasil melebihi Perbelanjaan Hasil

Kurangan = Perbelanjaan Hasil melebihi Pendapatan Hasil

Untung Bersih = Pendapatan melebihi perbelanjaan

Rugi Bersih = Perbelanjaan melebihi pendapatan

Dana Terkumpul = Aset - Liabiliti Ekuiti Pemilik = Aset - Liabiliti
 
Aktiviti Mencari Keuntungan bagi Kelab dan Persatuan
  • Contohnya, Kelab Bola Sepak Taman Maluri menjalankan aktiviti seperti menganjurkan pertandingan bola sepak, mengadakan klinik bola sepak serta menjalankan aktiviti sewaan padang kepada orang awam bagi tujuan menambahkan dana.
  • Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah untuk menjaga kebajikan ahli.