Kepekatan Larutan Akueus

6.5  Kepekatan Larutan Akueus
 
Kepekatan sesuatu Larutan
  • Ialah satu ukuran yang menunjukkan kuantiti zat terlarut dalam seunit isi padu larutan, biasanya dalam 1 \(\text{dm}^{-3}\) larutan.
  • Semakin banyak zat terlarut, semakin tinggi kepekatan larutan itu.
  • Kuantiti zat terlarut boleh diukur dalam gram atau mol, maka kepekatan sesuatu larutan boleh disukat dalam unit \(\text{ g dm}^{-3}\) dan \(\text{mol dm}^{-3}\).
 
Kepekatan, dalam Unit \(\text{ g dm}^{-3}\)
  • Ialah jisim zat terlarut yang terdapat dalam 1 \(\text{dm}^{-3}\) larutan.
  • Formula bagi kepekatan dalam \(\textbf{g dm}^{-3}\) adalah seperti berikut:

\(\text{Kepekatan } \text{(g dm}^{-3}) = \dfrac{\text{Jisim bahan terlarut (g)}}{\text{Isipadu larutan (dm}^3)}\)

Kepekatan, dalam Unit \(\text{mol dm}^{-3}\)
  • Ialah bilangan mol zat terlarut yang terdapat dalam 1 \(\text{dm}^{-3}\) larutan.
  • Kepekatan ini dikenali sebagai kemolaran.
  • Formula bagi kepekatan dalam \(\textbf{mol dm}^{-3}\) adalah seperti di bawah:

\(\text{Kepekatan } \text{(mol dm}^{-3}) = \dfrac{\text{Bilangan mol zat terlarut (mol)}}{\text{Isipadu larutan (dm}^3)}\)

Hubungan antara Nilai pH dan Kemolaran Asid dan Alkali
  • Nilai pH asid atau alkali bergantung kepada dua faktor seperti di bawah:

Imej menunjukkan carta yang menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai pH asid atau alkali. Terdapat dua faktor utama yang ditunjukkan dengan anak panah merah: 1. Darjah penceraian  2. Kemolaran atau kepekatan. Di bahagian atas, terdapat teks ‘Nilai pH asid atau alkali bergantung kepada dua faktor’. Logo Pandai terletak di sudut kiri atas.

  • Walaupun pada kepekatan yang sama, nilai pH masih bergantung pada darjah penceraian: 
    • Semakin tinggi darjah penceraian asid, semakin rendah nilai pH.
    • Semakin tinggi darjah penceraian alkali, semakin tinggi nilai pH.
  • Kedua-dua asid dan alkali bergantung pada nilai pH mereka untuk kemolaran.
    • Semakin tinggi kemolaran asid, semakin rendah nilai pH.
    • Semakin tinggi kemolaran alkali, semakin tinggi nilai pH.