|
10.5 |
Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu |
|
|
Latar Belakang PBB
- Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua.
- Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia.
- Ibu pejabat PBB terletak di New York, Amerika Syarikat.
- Bahasa rasmi yang digunakan ialah bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol.
|
|
Matlamat Penubuhan PBB
- Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
• Menggalakkan hubungan baik antara negara anggota.
• Menjalin kerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia.
|
|
Faedah Penyertaan Malaysia dalam PBB
- Memelihara dan mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang keputusan yang diambil oleh PBB.
- Meneruskan peranan aktif Malaysia dengan menyumbang pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu global.
- Membantu meningkatkan komitmen Malaysia dalam menangani pelbagai isu.
|
|
Sumbangan Malaysia dalam PBB
1. Membawa isu perjuangan rakyat Palestin
- Memainkan peranan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik Palestin-Israel.
2. Mendesak usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah
- Mendorong Penganjuran Persidangan Antarabangsa Dadah di Vienna, Austria pada bulan Jun 1987.
- Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi penghormatan sebagai Presiden persidangan tersebut.
3. Menyelesaikan konflik antarabangsa
- Ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB 1965, 1989–1990, 1999–2000 dan 2015–2016.
- Menghantar pasukan pengaman PBB ke Congo (1961), Namibia (1989), Somalia (1992), Bosnia dan Herzegovina (1992) dan Lubnan (2007).
- Menghantar pasukan pemerhati PBB ke sempadan Iran–Iraq (1990).
4. Menyarankan usaha meningkatkan mutu pendidikan
- Memperjuangkan prinsip “Pendidikan untuk Semua” menerusi United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
- Menganggotai Lembaga Eksekutif UNESCO pada tahun 2017.
|
|
|
|
UNESCO |
|
|
Agensi khas PBB yang bertujuan untuk mempromosikan keamanan dunia menerusi kerjasama antarabangsa dalam pendidikan, sains dan budaya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengiktirafan PBB kepada Malaysia
1. Pasukan Pengaman PBB diiktiraf menerusi pemberian sijil dan pingat perkhidmatan PBB
2. Sumbangan individu warga Malaysia yang mendapat pengiktirafan PBB
Tan Sri Razali Ismail
- Pengerusi Majlis Keselamatan PBB (1989–1990).
- Pengerusi Perhimpunan Agung PBB sesi ke-51 (1996–1997).
Datuk Dr. Mazlan Othman
- Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (1999–2002 dan 2007).
- Melaporkan aktiviti angkasa lepas kepada anggota PBB.
|
|
|
Pengiktirafan daripada PBB menerusi UNESCO
1. Tapak Warisan Dunia Kategori Alam Semula Jadi (2000)
- Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.
- Taman Kinabalu, Sabah.
2. Daftar Memori Dunia
- Hikayat Hang Tuah (2001).
- Surat-menyurat Almarhum Sultan Kedah (1882–1943) (2001).
- Sulalatus Salatin (2002).
- Batu Bersurat Terengganu (2009).
3. Daftar Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan
- Makyung (2005).
- Dondang Sayang (2018).
- Silat (2019).
- Wangkang (2020).
4. Tapak Warisan Dunia Kategori Kebudayaan
- Melaka dan George Town, Bandar Bersejarah Selat Melaka (2008).
- Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Perak (2012).
|
|
|