|  | 
		
			| 
				
					
						| 2.1 | Nama Negeri-negeri di Malaysia |  | 
		
			|  | 
		
			| 1. Perlis 
				Nama Perlis dipercayai berasal daripada perkataan Siam, ”prow-lowy” yang bermaksud “kelapa hanyut”.Nama Perlis juga dikatakan berasal daripada “peroleh” yang dikaitkan dengan peristiwa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II mengurniakan mandat kepada Raja Syed Hussin Jamalullail kerana membantu Perlis menentang Siam. | 
		
			|  | 
		
			| 2. Kedah 
				Nama Kedah dikatakan berasal daripada perkataan “Kheddah”, bermaksud perangkap gajah.Terdapat juga pendapat yang mengatakan nama Kedah daripada perkataan Arab, “Qadah” yang bermakna cawan atau gelas berkaki yang kerap dijual oleh pedagang Arab di Alam Melayu.Tulisan-tulisan Tamil mencatatkan Kedah sebagai “kadaram” atau “kalagam”. | 
		
			|  | 
		
			| 3. Pulau Pinang 
				Nama asal Pulau Pinang ialah Pulo Ka Satu. Namun begitu, bagi orang Melayu dari Kedah, mereka menggelarnya Tanjong Penaga berdasarkan pokok penaga yang banyak terdapat di pulau tersebut.Nama Pulau Pinang juga dikaitkan dengan buah pinang yang merupakan bahan dagangan penting. | 
		
			|  | 
		
			| 4. Perak 
				Nama Perak dikatakan bersempena dengan “kilatan ikan di dalam air” yang berkilau seperti perak.Terdapat juga pandangan yang mengaitkan nama Perak dengan warna bijih timah putih berkilat yang banyak terdapat di negeri itu. | 
		
			|  | 
		
			| 5. Selangor 
				Nama Selangor dikatakan bersempena dengan pokok mentagau yang banyak terdapat di kuala sungai ketika itu. Pedagang yang singgah di kuala sungai ini kemudiannya menyebut kuala selangau, akhirnya menjadi Kuala Selangor.Nama Selangor juga dikaitkan dengan sejenis serangga, iaitu selangur (sangur) yang banyak terdapat di sungai ketika itu. | 
		
			|  | 
		
			| 6. Negeri Sembilan 
				Nama Negeri Sembilan terbentuk daripada gabungan sembilan buah luak. Luak asal pada tahun 1773, iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Rembau, Johol, Jelai, Ulu Pahang, Naning, Segamat dan Klang.Perkataan negeri dikatakan berasal daripada perkataan “nagari” dalam dialek Minangkabau yang bermaksud wilayah. | 
		
			|  | 
		
			| 7. Melaka 
				Mengikut sumber Arab, nama Melaka disebut “Malakat” yang bermaksud perhimpunan para pedagang.Nama Melaka juga dikatakan bersempena dengan nama pokok tempat Parameswara berehat ketika menyaksikan kejadian pelanduk putih kecil menendang anjing pemburuannya. | 
		
			|  | 
		
			| 8. Johor 
				Nama Johor dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “Jauhar” bermaksud batu permata yang bernilai.Nama Johor juga disebut dalam naskhah Sulalatus Salatin sebagai Ujong Tanah. | 
		
			|  | 
		
			| 9. Terengganu 
				Nama Terengganu dikatakan berasal daripada sebutan “taring anu”, iaitu taring besar seperti gading gajah atau binatang liar lain yang dijumpai di Pulau Duyong.Nama Terengganu juga bersempena dengan perkataan “terangnya ganu” yang dikaitkan dengan pelangi. | 
		
			|  | 
		
			| 10. Kelantan 
				Nama Kelantan dikatakan berasal daripada perkataan “kilatan”, iaitu cahaya terang yang dilihat oleh masyarakat Melayu Patani. Perkataan kilatan ini lama-kelamaan menjadi Kelantan.Nama Kelantan juga bersempena dengan nama pokok “gelam hutan” atau “kelam hutan” yang ditemukan di pesisir pantai negeri Kelantan dahulu. | 
		
			|  | 
		
			| 11. Sarawak 
				Nama Sarawak dikaitkan dengan Sungai Serak. Nama ini lama-kelamaan berubah menjadi Sungai Sarawak bersempena dengan sejenis galian bijih yang disebut sarawak.Terdapat juga pendapat yang mengatakan nama Sarawak diambil daripada panggilan Portugis yang dikaitkan dengan “cerava”, iaitu sejenis logam antimoni. | 
		
			|  | 
		
			| 12. Sabah 
				Nama Sabah dikaitkan dengan “pisang saba” yang banyak ditanam di pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.Nama Sabah juga tercatat dalam dokumen sejarah bertajuk “Maharajah of Sabah” pada tahun 1877. | 
		
			|  | 
		
			|  | 
		
			| Tiga Wilayah Persekutuan 1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
				Nama Kuala Lumpur dikaitkan dengan muara sungai yang dipenuhi lumpur akibat kegiatan melombong bijih timah di Sungai Gombak dan Sungai Klang. 2. Wilayah Persekutuan Labuan 
				Nama Labuan dikatakan berasal daripada perkataan “labuhan” yang bermaksud tempat persinggahan kapal. 3. Wilayah Persekutuan Putrajaya 
				Nama Putrajaya bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra, manakala jaya bermaksud kemenangan atau menuju ke puncak. | 
		
			|  | 
		
			|  |