Fasa Bulan

 
Bulan merupakan satelit semula jadi paling cerah yang mudah dikenal pasti di langit pada waktu malam. Jika diperhatikan Bulan dengan teliti, bentuk Bulan berbeza pada malam-malam yang berlainan. Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke mata kita. Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi. Bulan berputar pada paksinya dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur, mengelilingi Bumi juga dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
 
9.1  Fasa Bulan
 
  • Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebabkan kita sentiasa melihat permukaan Bulan yang sama.
  • Ketika Bulan beredar mengelilingi Bumi, kita akan melihat bahagian-bahagian yang berbeza pada Bulan yang disinari oleh cahaya Matahari.
  • Peredaran Bulan mengelilingi Bumi menyebabkan bentuk-bentuk Bulan yang dilihat kelihatan berubah.
  • Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan.
 
Fasa-Fasa Bulan

  1. Anak bulan - bahagian Bulan yang gelap menghadapi Bumi
  2. Bulan sabit - Sebahagian kecil permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
  3. Bulan separa - Separuh bahagian permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
  4. Bulan hampir purnama - Sebahagian besar permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
  5. Bulan purnama - Keseluruhan permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
  6. Bulan hampir purnama - Sebahagian besar permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
  7. Bulan separa - Separuh bahagian permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
  8. Bulan sabit - Sebahagian kecil permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi
 
Takwim qamari
  • Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.
  • Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.
  • Kalendar ini adalah kalendar Lunar Islam yang dikenali sebagai Kalendar Hijriah
Hari Qamari Fasa Bulan
1, 2 Anak bulan
3, 4, 5, 6 Bulan sabit
7, 8, 9, 10 Bulan separa
11, 12, 13, Bulan hampir purnama
14, 15, 16 Bulan purnama
17, 18, 19, 20 Bulan hampir purnama
21, 22, 23, 24 Bulan separa
25, 26, 27, 28 Bulan sabit
29, 30 Anak bulan