Perkaitan Antara Sistem Di Dalam Tubuh Manusia

2.3  Perkaitan Antara Sistem Di Dalam Tubuh Manusia
 

Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem & setiap sistem menjalankan fungsi yang berbeza.

Setiap sistem saling berkait rapat antara satu sama lain untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik
 

 
  • Sistem pernafasan 
  1. Sistem pernafasan mengangkut oksigen dan bergantung kepada sistem peredaran darah untuk menghantar oksigen ke seluruh badan
  2. Sistem pernafasan juga bergantung pada sistem peredaran darah untuk membantu menyingkirkan karbon dioksida dari tubuh
  • Sistem rangka
  1. Sistem peredaran darah mengangkut oksigen dan nutrien kepada sistem rangka untuk membantu tumbesaran tulang
  2. Sistem rangka pula melindungi tubuh dan organ-organ pernafasan dan peredaran darah seperti peparu dan jantung
  • Sistem pencernaan
  1. Sistem peredaran darah mengangkut oksigen kepada sistem pencernaan
  2. Sistem pencernaan membekalkan nutrien kepada organ seperti jantung supaya dapat berfungsi dengan baik
  • Sistem di dalam tubuh manusia tidak dapat berfungsi secara sendiri
  • Sekiranya satu sistem gagal, sistem lain turut terganggu

Sistem pencernaan dan sistem pernafasan

  • Seseorang yang tercekik makanan akan menyebabkan sistem pencernaannya terganggu di esofagus.
  • Makanan yang terperangkap di esofagus akan menghalang udara masuk ke trakea dan akan menyebabkan sistem pernafasan terganggu kerana mengalami kesukaran untuk bernafas

Sistem rangka dan sistem peredaran darah

  • Tulang yang patah menjejaskan sistem peredaran darah
  • Bahagian badan tulang yang patah akan membengkak kerana pengaliran darah dalam sistem peredaran darah terganggu