Dakwah Nabi Muhammad SAW

19 Dakwah Nabi Muhammad SAW
 
Dakwah Nabi Muhammad SAW
  • Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah secara sulit selama 3 tahun.
  • Berdakwah kepada kaum kerabat yang rapat dengannya.
  • Diperintahkah oleh Allah agar berdakwah secara terang-terangan.
 
Definisi Dakwah
Menyeru dan mengajak umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah SWT serta kembali ke jalan yang benar.
 
Cara Nabi Muhammad SAW Berdakwah
Dakwah secara Lisan

Imej ini menunjukkan carta separuh bulatan yang menggambarkan lima kaedah dakwah secara lisan. Di tengah-tengah carta, terdapat ikon seorang lelaki dengan mikrofon. Lima kaedah tersebut adalah: 1. Nasihat 2. Tazkirah 3. Dialog 4. Bercerita 5. Berdebat Di bahagian atas carta, terdapat tajuk ‘Dakwah secara lisan’ dan logo ‘Pandai’ di sebelah kiri tajuk. Warna yang digunakan dalam carta ini adalah hijau dan biru.

Dakwah secara Perbuatan
  • Ziarah.
  • Memberikan hadiah.
  • Mengutuskan surat.
  • Menghantar utusan.
  • Berakhlak mulia.
 
Tentangan Kafir Quraisy terhadap Dakwah Nabi Muhammad SAW
Fitnah
  • Nabi SAW dituduh sebagai gila, ahli sihir dan pendusta.
  • Baginda didakwa sebagai pemecah belah masyarakat dan pemutus hubungan silaturrahim.
Pemulauan
  • Menghalang aktiviti berjual beli dan semua bentuk komunikasi dengan kaum Muslimin termasuk perkahwinan.
  • Kaum Muslimin mengalami kelaparan dan tertekan.
  • Berlarutan hampir 3 tahun.
Penyeksaan
  • Sebagai contoh, Sayidina Bilal bin Rabah telah dijemur di padang pasir dan diletakkan batu yang besar di atas dadanya.
Pembunuhan
  • Sebagai contoh, Sayidina Yasir dan Sayidatina Sumayyah telah dibunuh dengan kejam.
 
Akhlak Nabi Muhammad SAW dalam Menghadapi tentangan Kaum Quraisy
Bersabar
  • Nabi SAW sentiasa bersabar dengan ujian dan cabaran.
    • Saya akan bersabar dan tabah dalam setiap aspek kehidupan.
Bergantung Harap kepada Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW tidak pernah berputus asa.
    • Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam setiap usaha yang dilakukan.
Prihatin
  • Nabi Muhammad SAW mengutamakan kaum keluarga dalam berdakwah.
    • Saya mengamalkan budaya nasihat-menasihati dalam keluarga.
Berjiwa Besar
  • Nabi Muhammad SAW sentiasa berhikmah dan tidak pernah berdendam.
    • Saya sedia memaafkan kesalahan orang lain dan tidak membalas kejahatan orang lain dengan keburukan.
 
Akhlak Nabi Muhammad SAW dalam Berdakwah
  • Optimis terhadap janji dan bantuan daripada Allah SWT.
  • Seorang pendakwah penyayang.
  • Seorang yang pemaaf.