Janji Setia Penduduk Yathrib

17  Janji Setia Penduduk Yathrib

Latar belakang masyarakat Yathrib:

  • Kini dikenali sebagai Madinah
  • Tanah subur dengan pelbagai tanaman dan buah-buahan
  • Pekerjaan utama ialah bertani dan berdagang
  • Kebanyakan penduduk menyembah berhala
  • Terdiri daripada pelbagai kabilah seperti kaum Aus dan Khazraj
  • Terdapat juga beberapa puak Yahudi seperti Bani Nadhir
  • Sering bersengketa dan berperang
  • Mendakwa nabi terakhir akan lahir dalam kalangan kaum Yahudi
  • Pada tahun ke-11 kenabian, 6 orang lelaki dari Yathrib telah menunaikan haji dan memeluk Islam
  • Tahun ke-12 kenabian, 7 orang dari Yathrib telah memeluk Islam
 
Isi Perjanjian Aqabah Pertama
  1. Tidak syirik kepada Allah SWT
  2. Tidak mencuri 
  3. Tidak berzina
  4. Tidak membunuh anak perempuan
  5. Tidak melakukan fitnah
  6. Setia kepada Rasulullah SAW
 

Perjanjian Aqabah Kedua:

  • Tahun ke-13 kenabian, 70 orang dari Yathrib termasuk 2 orang wanita datang berjumpa Rasulullah SAW
  • Perjanjian Aqabah telah menjadi salah satu sebab berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam ke bumi Madinah Al-Munawwarah
 
Isi Perjanjian Aqabah Kedua
  1. Mendengar dan mentaati Nabi Muhammad SAW dalam semua keadaan
  2. Membelanjakan harta dijalan Allah SWT sama ada ketika senang atau susah
  3. Menyeru manusia kepada kebaikan dan menolak kemungkaran
  4. Tabah menghadapi celaan orang kafir
  5. Melindungi Nabi Muhammad SAW sebagaimana melindungi diri dan keluarga sendiri
 

Kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama & Kedua:

Agama

  • Terhindar daripada syirik dan kekufuran
  • Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW semakin bertambah

Nyawa

  • Nyawa terpelihara dan dihargai
  • Keselamatan manusia terjamin

Akal

  • Terpelihara daripada anasir yang merosakkan akal dan fikiran
  • Memuliakan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi

Harta

  • Menghormati hak milik setiap individu
  • Harta terpelihara daripada pencerobohan

Maruah

  • Maruah manusia dijaga
  • Menghormati setiap hak individu
 

Iktibar penerimaan dakwah Nabi Muhammad SAW:

  • Mencari kebenaran
  • Ketaatan dan kesetiaan
  • Jauhi akhlak yang keji
  • Membina perpaduan dan kasih sayang