Mari Bersuci

14  Mari Bersuci

  • Kita hendaklah mengetahui cara-cara membersihkan tubuh badan, persekitaran dan pakaian daripada najis dan benda kotor. 
 
Definisi Najis

Semua benda kotor yang menghalang daripada sah solat seperti darah dan tahi.

 
Jenis Najis Contoh
Mukhaffafah Air kencing kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ke bawah yang tidak makan dan minum kecuali susu ibunya sahaja
Mutawassitah Air kencing, tahi, darah
Mughallazah Perkara yang berkaitan dengan babi dan anjing
 

Cara membersihkan najis mukhaffafah:

  • Renjiskan air mutlak ke tempat yang terkena najis
 

Cara membersihkan najis mutawassitah:

  1. Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat
  2. Basuh dengan air mutlak sehingga hilang kesan sama ada warna, bau dan rasa
 

Cara membersihkan najis mughallazah:

  1. Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat
  2. Basuh dengan air tanah satu kali
  3. Basuh dengan air mutlak enam kali, hingga hilang bau, warna dan rasa
 

Menjaga kesucian dan kebersihan:

Di rumah

  • Mandi wajib
  • Tayamum

Di sekolah

  • Wuduk
  • Beristinjak dengan sempurna

Di tempat awam

  • Membuang sampah ditempatnya
  • Menjaga pakaian bersih dan kemas
  • Membersihkan kawasan sekolah
  • Memakai kasut