Menyambut Seruan Ilahi

15  Menyambut Seruan Ilahi

Definisi Azan

Lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.

 
Lafaz Azan

(2x)  اللَّهُ أَكْبَرُ  اللَّهُ أَكْبَرُ

 (2x)  أَشْهَدُ أَنْ لَّا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ

 (2x)  أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللَّهِ

(2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ

(2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ 

(2x)  الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِّنَ النَّوْمِ (Subuh)

اللَّهُ أَكْبَرُ  اللَّهُ أَكْبَرُ

 لَّا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ

 
Definisi Iqamat

Lafaz yang disyariatkan oleh Islam yang diucapkan bagi menyeru umat Islam mendirikan solat.

 
Lafaz Iqamat

اللَّهُ أَكْبَرُ  اللَّهُ أَكْبَرُ

أَشْهَدُ أَنْ لَّا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللَّهِ

حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ

حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ

(2x)  قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ

اللَّهُ أَكْبَرُ  اللَّهُ أَكْبَرُ

لَّا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ

 

Adab azan dan iqamat (Muazin):

Sebelum

  • Menghadap ke arah kiblat
  • Bersuci daripada hadas kecil dan besar
  • Berdiri

Semasa

  • Memalingkan muka ke arah kanan pada lafaz "حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ" dan ke kiri pada lafaz "حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ"
  • Menyebut kalimah azan dengan tenang
  • Menyebut "الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِّنَ النَّوْمِ" sebanyak dua kali semasa azan Subuh
  • Menyebut kalimah "أَشْهَدُ أَنْ لَّا اِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ" dan "أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللَّهِ" secara perlahan sebelum melaungkannya

Selepas

  • Berselawat ke atas nabi
  • Berdoa
 

Adab azan dan iqamat (Pendengar)

Semasa

  • Diam dan menjawab lafaz azan dan iqamat
  • Menjawab lafaz "قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ" dengan "أَقَامَهَا اللَّهُ وَأَدَامَهَا" ketika iqamat

Selepas

  • Berdoa
 

Kepentingan azan dan iqamat:

Masyarakat

  • Berdisiplin dan sentiasa menepati masa
  • Bersatu padu dan saling memahami
  • Masyarakat sentiasa mengingati Allah SWT

Islam

  • Syiar Islam
  • Memaklumkan kepada Muslimin tentang masuk waktu solat
  • Seruan untuk Muslimin bersegera solat berjemaah di masjid atau surau
  • Mendapat pahala bagi muazin dan orang yang menjawab azan
 

Kegunaan azan selain solat:

  • Ketika ditimpa musibah
  • Menyambut kelahiran anak
  • Meredakan ketakutan
  • Sebelum memulakan musafir