Bulan Penyucian Jiwa

16  Bulan Penyucian Jiwa

Definisi Puasa

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

 
  • Hukum berpuasa untuk semua umat Islam yang mampu menunaikan puasa pada bulan Ramadan adalah wajib.
 
Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa."

(Surah Al-Baqarah 2:183)

 

Rukun puasa:

  • Niat: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَا لَى (Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala)
  • Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa
 

Syarat wajib puasa:

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Mampu
 

Syarat sah puasa:

  • Islam
  • Bersuci daripada haid, nifas dan wiladah
  • Berakal (mumaiyiz)
  • Bertetapan dengan waktunya
 

Sunat-sunat puasa:

  • Bersahur
  • Melewatkan sahur
  • Memperbanyakkan amalan sunat seperti bertadarus, bersedekah dan beriktikaf
  • Menyegerakan berbuka
  • Berdoa sebelum berbuka
  • Berbuka dengan tamar
  • Memberikan makanan kepada orang lain untuk berbuka puasa
 

Perkara yang membatalkan puasa:

  • Haid, nifas dan wiladah
  • Muntah dengan sengaja
  • Pengsan dan mabuk sepanjang hari, gila walau sekejap
  • Murtad
  • Berjimak pada siang hari
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka sama ada makan, minum dan sebagainya
 

Kepentingan berpuasa:

Rohani

  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Melatih diri agar bersifat amanah, ikhlas dan sabar

Jasmani

  • Menghindarkan penyakit yang berpunca dari perut
  • Merehatkan organ dalaman badan

Masyarakat

  • Mengikis sifat kedekut dan sombong
  • Mendidik masyarakat agar tidak boros dan membazir
  • Menyemai perasaan kasih sayang sesama manusia