Pembangunan Sistem Pangkalan Data

2.4  Pembangunan Sistem Pangkalan Data
 
  • Pangkalan data menyimpan rekod-rekod secara tersusun supaya data-data mudah diisi, mudah dicari dan mudah dikemas kini
  • Pangkalan data menjadi komponen yang penting bagi sesebuah sistem maklumat kerana terdapat banyak data yang perlu diuruskan dalam sistem maklumat.
  • Oleh sebab kepentingan peranan pangkalan data dalam sistem maklumat, pembangunan sistem pangkalan data perlulah dilakukan secara sistematik supaya memenuhi keperluan pengguna.
  • Fasa-fasa utama pembangunan pangkalan data untuk sistem maklumat ialah:
  1. Merancang
  2. Menganalisis
  3. Mereka bentuk
  4. Membina
  5. Menyelenggara