Struktur Kawalan

 
1.4  Struktur Kawalan
 
Struktur kawalan merupakan arahan-arahan dalam susunan linear digunakan untuk mendapatkan input pengguna, memaparkan hasil atau output atau mengisytiharkan dan mengumpukkan nilai-nilai bagi pemboleh ubah.
 
1.4.1 Struktur Kawalan Pilihan
 
1.  Kawalan pilihan ialah mekanisma yang membolehkan keputusan atau pemilihan dibuat secara automatik.
 
2.  Penyataan bersyarat boolean ialah penyataan tentang komputer membuat keputusan.
 
3.  Syarat boolean membolehkan perbandingan pemboleh ubah, sifat objek atau nilai yang dilakukan melalui operator hubungan atau operator logikal.
 
Nilai Boolean
 
1.  Data jenis boolean hanya mempunyai 2 nilai yang mungkin iaitu Ya/Benar (True) atau Tidak/Palsu (False).
 
2.  Penyataan bersyarat boolean ditulis menggunakan struktur kawalan pilihan.
 
Kawalan Pilihan If
 
1.  Hanya akan melaksanakan penyataan-penyataan tertentu seperti memproses data melalui ungkapan sekiranya syarat adalah benar.
 
Kawalan Pilihan If-Else-If
 
1.  Membuat keputusan yang lebih kompleks.
 
2.  Mencuba syarat boolean yang baharu sekiranya syarat terdahulu menghasilkan keputusan palsu.
 
3.  Sekiranya syarat boolean menghasilkan keputusan benar, penyataan akan dilaksanakan. Syarat boolean yang lain tidak akan diuji.
 
Kawalan Pilihan Switch-Case
 
1.  Untuk mengatasi kekurangan penggunaan if-else-if.
 
2.  Lebih mudah difahami kerana nilai ujian dalam ‘Select Case’ dipadankan dengan beberapa calon ‘Case’.
 
3.  ‘Switch’ ialah ungkapan nombor, abjad atau rentetan.
 
4.  ‘Case’ mengandungi nilai masing-masing yang akan dipadankan dengan ujian.
 
5.  ‘Break’ digunakan sebagai arahan untuk keluar dari blok ‘Switch’. Jika ungkapan ‘Break’ tidak disertakan, kumpulan penyataan selepas ‘Break’ akan turut dilaksanakan.
 
6.  ‘Default’ dimasukkan dalam blok sebagai langkah tambahan.
 
1.4.2  Operator Hubungan Dan Operator Logikal Dalam Struktur Kawalan Pilihan
 
1. Terdapat dua kategori operator yang sering digunakan dalam ungkapan syarat iaitu operator hubungan dan operator logikal.
 
2.  Operator hubungan digunakan untuk tujuan membuat perbandingan.
 
3.  Operator logikal digunakan untuk menghasilkan beberapa ungkapan boolean bagi meghasilkan syarat yang lebih kompleks.
 
4.  Selain itu, Operator-operator logikal yang lazim digunakan AND, OR dan NOT.
 
Operator Logikal AND
 
  • Digunakan apabila 2 atau lebih syarat boolean digabungkan dan kesemua syarat perlu benar.
  • Ditulis menggunakan simbol “&&”
 
Operator Logikal OR
 
  • Digunakan apabila 2 atau lebih syarat boolean perlu digabungkan dan hanya salah 1 syarat boolean perlu benar.
  • Ditulis menggunakan simbol “| |”.
 
Operator Logikal NOT
 
  • Menukarkan nilai boolean kepada lawannya.
  • Ditulis menggunakan simbol “!”.
 
5.  Penggabungan Operator Hubungan Dan Operator Logikal Dalam Struktur Kawalan Pilihan
 
  • Operator hubungan dan operator logikal boleh digabungkan dalam struktur kawalan pilihan.
 
1.4.3  Struktur Kawalan Ulangan
 
1.  Jenis-jenis struktur kawalan ulangan:
 
  • Ulangan berasaskan pembilang
  • Ulangan berasaskan syarat
 
2.  Kawalan Ulangan For
 
  • Untuk bilangan tertentu.
  • Ditentukan oleh pemboleh ubah pembilang yang bermula dengan nombor indeks tertentu.
  • Nombor indeks akan ditambah secara automatic pada akhir blok penyataan.
  • Penambahan akan dibuat setiap kali blok kenyataan telah diulang dan akan berlanjutan sehingga syarat boolean berulang menjadi tidak benar.
 
3.  Kawalan Ulangan While
 
  • Membuat ujian terlebih dahulu ke atas input.
  • Jika memenuhi syarat boolean, blok arahan dalam gelung akan dilaksanakan.
  • Jika syarat tidak dipenuhi, kawalan ulangan akan berhenti dan kawalan akan bergerak ke baris arahan selepas kawalan ulangan.
 
4.  Kawalan Ulangan Do-While
 
  • Menyerupai ulangan while.
  • Yang membezakan ialah membuat ujian selepas blok arahan dalam gelung dilaksanakan.
  • Kawalan ulangan do-while memberikan jaminan bahawa blok arahan akan dilaksanakan walaupun sekali.
 
1.4.4  Struktur Kawalan Ulangan Yang Melibatkan Operator Increment Dan Decrement, Class Math Dan Boolean
 
1.  Operator Increment (++) Dan Decrement (--)
 
  • Digunakan dalam kawalan ulangan sebagai pembilang.
  • Operator increment (++) ialah penambahan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor tertentu.
  • Operator decrement (--) pula mngurangkan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor tertentu.
 
2.  Math.random ()
 
  • Math.random() ialah subatur cara Java untuk menjana nombor secara rambang.
  • Menggunakan waktu sistem sebagai nilai benih untuk memulakan penjanaan nombor rambang.
 
3.  Bendera Boolean
 
  • Satu pemboleh ubah boolean digunakan untuk mengawal ulangan.
  • Pemboleh ubah ini beroperasi sebagai flag atau bendera penentu.
  • Pengguna akan ditanya sama ada ingin meneruskan atur cara itu lagi atau tidak.
 
4.  Pembilang
 
  • Digunakan untuk membuat pengiraan dalam penyelesaian masalah.