Pemboleh Ubah, Pemalar Dan Jenis Data

 
 
1.3  Pemboleh Ubah, Pemalar Dan Jenis Data
 
1.  Pemboleh Ubah ialah ruang simpan sementara untuk nombor, teks dan objek.
 
2.  Nilai pemalar adalah tetap dan tidak berubah ketika proses pengaturcaraan dilakukan.
 
3.  Jenis data merupakan satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan.
 
4.  Jenis data boleh dikatogerikan kepada dua kelas iaitu:
 
  • Data Primitif
  • Data Bukan Primitif
 
5.  Jenis Data (Integer, Float, doublechar, string, boolean).
 
1.3.1  ​​​​​Hubungan Antara Jenis Data, Saiz Data Dan Kapasiti Ingatan Komputer
 
1.  Jenis data dan saiz data akan disimpan dalam ingatan komputer.
 
2.  Nama pemboleh ubah memainkan peranan penting dalam menentukan saiz data dalam ingatan.
 
3.  Kepelbagaian penggunaan jenis data pada pemboleh ubah dapat menjimatkan ruang pada ingatan komputer.
 
1.3.2  Pemilihan Dan Penggunaan Jenis Data Yang Bersesuaian
 
1.  Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah atur cara supaya atur cara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks.
 
2.  Penggunaan jenis data yang sesuai berfungsi sebagai penanda aras kepada sesuatu pemboleh ubah sama ada pemboleh ubah tersebut menyimpan data yang tetap, data yang boleh dikira, huruf, nombor perpuluhan atau data yang mempunyai pilihan “Benar” atau “Palsu”.
 
3.  Jenis data:
 
  • Integer (int) merangkumi semua nombor yang tidak mempunyai pecahan atau perpuluhan.
  • Nombot nyata (float, double) ialah nombor yang terdiri daripada semua nombor yang mempunyai titik perpuluhan atau bahagian pecahan.
  • Aksara/rentetan (char/string) ialah data dalam bentuk ruang kosong (space), teks, perkataan atau nilai yang mengandungi susunan aksara atau simbol.
  • Boolean ialah data dalam bentuk pilihan.
 
1.3.3  Perbezaan Pemboleh Ubah Sejagat Dan Setempat
 
1.  Kewujudan pemboleh ubah atau pemalar dikenal sebagai kawasan yang kedua-duanya boleh digunakan secara sah.
 
2.  Skop pemboleh ubah terdiri:
 
  • Pemboleh ubah sejagat (Global
  • Pemboleh ubah setempat (Local)
 
1.3.4  Pengisytiharan, Permulaan Dan Penetapan Nilai Pada Pemboleh Ubah Dan Pemalar
 
1.  Pengisytiharan Nilai Pemboleh Ubah
 
  • Pemboleh ubah dikenal sebagai tempat untuk simpan data.
  • Semua pemboleh ubah mestilah diisytiharkan sebelum guna.
 
2.  Permulaan Dan Penetapan Nilai Untuk Pemboleh Ubah
 
  • Selepas isytihar jenis data dan nama pemboleh ubah, nilai pemboleh ubah boleh ditetapkan atau diumpukan.
 
3.  Pengisytiharan Dan Penetapan Nilai Pemalar
 
  • Pemboleh ubah dikenal sebagai pemalar.
  • Nilai pemalar tidak akan berubah semasa menjalankan atur cara.
 
1.3.5  Penggunaan Penyataan Umpukan Dan Penyataan Aritmetik
 
1.  Penyataan Umpukan
 
  • Boleh terdiri daripada satu atau lebih ungkapan yang lain.
  • Merujuk “sama dengan” atau simbol “=”.
  • Akan memberikan nilai kepada pemboleh ubah.
 
2.  Penyataan Aritmetik
 
  • Boleh terdiri daripada satu atau lebih operasi aritmetik.
  • Merujuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
  • Unit pemprosesan utamaboleh membaca operasi aritmetik dari kiri ke kanan sahaja.
  • Operasi darab dan penggunaan simbol kurungan perlu diutamakan.
 
1.3.6 Penulisan Atur Cara Untuk Masukkan Input Daripada Papan Kekunci Dan Memaparkan Output
 
1.  Sesetengah atur cara telah diumpukan nilai atau input bagi operasi pengiraan atau penyataan dalam atur cara tersebut.
 
2.  Ada juga yang membenarkan nilai atau input dimasukkan selepas atur cara siap dibina.