Algorithma

 

 
1.2 Algorithma
 
1.  Algoritma ialah satu set arahan yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 
2.  Ciri-ciri algoritma ialah:
 
  • Maklumat yang dinyatakan jelas dan nyata.
  • Set arahan yang dapat dilakukan.
  • Arahan-arahan yang mempunyai batasan.
 
1.2.1  Penggunaan Algoritma dalam untuk Menyelesaikan Masalah
 
Model IPO iaitu konsep Input - Proses - Ouput  
 
1.  Input iaitu pengguna menghantar input ke komputer melalui papan kekunci. 
 
2.  Kemudian (Proses) menghasilkan output daripada input yang diubah melalui formula matematik dan logik.
 
3.  Output merupakan nilai yang akan terpapar pada skrin komputer.
 
4.  Terdapat dua perwakilan algritma iaitu:
 
     (a)  Pseudokod
  • Senarai struktur kawalan komputer yang ditulis dalam bahasa pertuturan manusia dan mempunyai nombor turutan.
 
      (b)  Carta alir
 
  • Menggunakan simbol grafik untuk mewakili arahan-arahan penyelesaian.
      
1.2.2  Struktur Kawalan dalam  Algoritma
 
Terdapat tiga struktur kawalan komputer iaitu:
 
1.  Struktur kawalan urutan
  • Melakukan arahan-arahan komputer secara teratur dan mengikut urutan.
  • Urutan arahan yang betul sangat penting kerana urutan yang berlainan akan memberi output berlainan.
 
2.  Struktur kawalan pilihan
  • Pengaturcara memberikan keupayaan perisian komputer untuk membuat keputusan berasaskan syarat yang telah ditentukan.
  • Struktur kawalan pilihan membolehkan arahan-arahan lain komputer dilakukan dalam situasi masalah yang berbeza
  • Setiap cabang mengandungi urutan arahan komputer yang berbeza.
  • Jika satu urutan sudah terpilih, maka urutan yang lagi akan diabaikan.
 
3.  Struktur kawalan ulangan
  • Mengulang arahan-arahan komputer dalam blok.
  • Ulangan akan terhenti apabila menerima syarat berhenti atau mencapai bilangan yang sudah ditetapkan.
 
1.2.3  Menguji Dan Membaiki Ralat Dalam Algoritma
 
1.  Algoritma diuji selepas ditulis bertujuan untuk melakukan pembaikan.
 
2.  Pengujian dilakukan sebelum algoritma diubah menjadi kod komputer.
 
3.  Pengujian ini dilaksanakan untuk memastikan logik algoritma adalah betul dan memikirkan pembaikan algoritma supaya lebih cekap.
 
1.2.4  Pengesanan Nilai Pemboleh Ubah Pada Setiap Tahap Dalam Algoritma
 
1.  Algoritma mengumpuk dan boleh mengubah nilai sesuatu pemboleh ubah.
 
2.  Oleh yang demikian, nilai pemboleh ubah tidak tetap.
 
3.  Setiap baris algoritma mungkin membuat perubahan pada pemboleh ubah tertentu.
 
4.  Pengesanan nilai pembolehubah setiap tahap dalam algoritma boleh dikesan melalui jadual pemboleh ubah.
 
1.2.5  Mengenalpasti Output Yang Betul Dari Algoritma Berdasarkan Input Yang Diberi
 
1.  Output yang benar bergantung kepada nilai pemboleh ubah ketika algoritma papar dipanggil.
 
2.  Satu kaedah untuk menentukan kesahihan output algoritma melalui kaedah membandingkan output dijangka.
 
3.  Output dijangka diperoleh melalui hitungan manual.
 
4.  Output algoritma adalah benar sekiranya output algoritma bersamaan dengan output dijangka.
 
1.2.6  ​​​​​​Terjemahan Algoritma Ke Dalam Bahasa Pengaturcaraan
 
1.  Setiap baris algoritma dicipta boleh diubah kepada kod komputer.
 
2.  Algoritma berbentuk universal.
 
3.  Oleh hal demikian, simbol dan perkataan yang digunakan tidak perlu bersandarkan kepada mana-mana bahasa pengaturcaraan.
 
4.  Contoh bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic (VB), Java, C#,  dan lain-lain.