|
2.1 |
Pangkalan Data Hubungan |
|
|
Pengenalan kepada Data dan Maklumat |
- Data ialah sumber komputer untuk membuat perancangan dan keputusan.
- Data yang diproses akan menjadi maklumat yang berguna kepada pengguna.
- Pengertian data dan maklumat:
- Data
- Himpunan data mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar.
- Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.
- Maklumat
- Hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
- Maklumat yang dihasilkan ini akan menjadi lebih bermakna dan mudah untuk difahami oleh seseorang.
- Untuk memastikan integriti data yang disimpan, data perlu disimpan dalam komputer secara sistematik supaya mudah dicapai apabila diperlukan.
- Sebelum konsep pangkalan data diperkenalkan, data dalam sistem berkomputer disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa.
- Sistem fail biasa mempunyai banyak kelemahan untuk menguruskan data dalam jumlah yang banyak dan kompleks.
- Untuk menjadikan pengurusan data lebih cekap dan efisien, teknologi komputer digunakan untuk memudahkan proses penyimpanan, pengeluaran dan pengemaskininan data.
|
- Pemprosesan manual
- Tidak melibatkan penggunaan komputer.
- Tenaga manusia diperlukan untuk mengendalikan data.
- Data yang telah diproses dimasukkan ke dalam fail dan kabinet mengikut arahan tertentu.
- Kelemahan: Banyak tenaga buruh diperlukan, ruang yang besar untuk pemprosesan dan simpanan dan pencarian yang agak lambat apabila data semakin bertambah.
- Sistem pemprosesan fail
- Menggunakan teknologi komputer yang menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk fail digital.
- Membolehkan aktiviti-aktiviti manual sebelum ini diproses secara automatik menggunakan sistem pengoperasian dan aplikasi komputer.
- Kelemahan: Kesukaran mengesan salinan data yang sama dalam fail berlainan dan data lambat untuk dikemas kini.
- Sistem pangkalan data
- Lebih canggih daripada sistem pemprosesan fail kerana boleh menyimpan jumlah data yang banyak dalam ruang simpanan yang jauh lebih kecil.
- Sistem perisian yang menguruskan pangkalan data.
- Pangkalan data ialah koleksi data logikal yang berkaitan dan strukturnya membolehkan kandungannya dikeluarkan, diuruskan dan dikemas kini dengan mudah.
- Model pangkalan data ialah penyusunan secara konseptual suatu pangkalan data dan merupakan 1 cara mentakrif dan menggunakan data dalam 1 pangkalan data.
- Pangkalan data (PD) menyimpan data dengan strukturnya sekali.
- Ruang memori komputer dapat digunakan secara minimum meskipun data yang disimpan amat besar dan banyak.
|
Ciri-ciri Sistem Pangkalan Data yang Moden |
- Mengandungi entiti sebenar.
- Jadual berdasarkan hubungan.
- Pengasingan data dan aplikasi.
- Kurang pertindihan.
- Mempunyai ketekalan data.
- Mempunyai bahasa pertanyaan.
- Keselamatan.
- Pelbagai paparan.
|
|
|
2.1.1 Kepentingan Integriti Data, Ketekalan Data dan Kelewahan Data |
- Pangkalan data merupakan 1 koleksi data yang disimpan dalam format piawaian (standard) dan direka khusus supaya mampu untuk berkongsi data dengan banyak pengguna secara efisien.
- Format piawaian membolehkan data disimpan dan dicapai kembali daripada mana-mana perkakasan dan sistem maklumat.
- Data yang disimpan dalam pagkalan data boleh digunakan kembali oleh pengguna yang berbeza melalui sistem yang berbeza bagi tujuan berlainan.
- Simpanan data dalam pangkalan data adalah efisien kerana format dan struktur data hubungan dikhususkan untuk simpanan sistematik dan capaian pantas secara fleksibel.
- Perkakasan komputer pelayan yang menyokong operasi pangkalan data, mempunyai spesifikasi tinggi bagi capaian kepada pangkalan tersebut.
- Pangkalan data dikhususkan untuk menyimpan data manakala tafsiran data sebagai maklumat yang disempurnakan oleh sistem-sistem komputer yang dihubungkan kepada pangkalan tersebut.
|
Kualiti Data dalam Pangkalan Data |
- Ciri-ciri data yang disimpan dalam pangkalan data mesti mencapai kualiti yang berikut:
- Integriti data.
- Ketekalan data.
- Kelewahan data.
|
Integriti Data (Data Integrity) |
- Bermaksud kesempurnaan, ketetapan dan kesahan data (validation) serta merujuk ketepatan data yang sah melalui keseluruhan kitaran hayat data.
- Untuk memastikan integriti data, input bukan sahaja mesti tepat tetapi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
- Integriti entiti:
- Jadual mempunyai sekurang-kurangnya 1 atribut data yang unik bagi setiap rekod.
- Integriti rujukan:
- Rekod-rekod dalam 2 jadual berbeza boleh dihubungkan melalui perkongsian atribut data yang sama.
- Integriti domain:
- Atribut-atribut data dalam jadual mestilah betul dengan berasaskan suatu domain masalah.
|
Kepentingan Integriti Data |
- Data yang lemah integriti mungkin korup atau hilang.
- Data korup: Data yang terubah (secara tidak sengaja) daripada nilai asalnya.
- Integriti data bertujuan untuk mengelakkan perubahan yang tidak sengaja kepada maklumat.
|
Ketekalan Data (Data Consistency) |
- Ketekalan merujuk konsistensi ataupun keseragaman data yang akan mempengaruhi kebolehpercayaan data.
- Untuk memastikan ketekalan data, proses kemas kini salinan data di semua lokasi simpanan perlu dilakukan dengan rapi.
- Kepentingan ketekalan data:
- Untuk memastikan data yang diperoleh boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan.
- Untuk memastikan tiada isu ketekalan data timbul seandainya data yang sama berulang di beberapa lokasi simpanan.
|
Kelewahan Data (Data Redundancy) |
- Merujuk pertindihan data yang berpunca daripada salinan data yang berulang tetapi di lokasi yang berlainan.
- Kesan jika kelewahan data tidak diatasi:
- Kelewahan menggunakan lebihan sumber simpanan komputer dan oleh itu kelewahan data perlu diminimumkan.
- Kemas kini data yang lewah memakan banyak masa dan mungkin tidak menyeluruh.
- Menyebabkan data menjadi korup.
- Menjadikan pangkalan data tersebut kurang efisien.
- Tujuan mengelakkan kelewahan data:
- Mengelakkan pertambahan saiz pangkalan data yang tidak perlu. (Pertindihan data yang sama berulang-ulang).
- Mengelakkan data yang tidak konsisten.
- Mengelakkan data menjadi tidak efisien.
- Mengelakkan data menjadi korup iaitu tidak boleh digunakan lagi.
|
|
|
2.1.2 Model-model Pangkalan Data |
- Sistem pangkalan data menggunakan model pangkalan data tertentu sebagai strukturnya.
- Terdapat beberapa jenis model pangkalan data yang biasa digunakan.
- Model pangkalan data ialah penyusunan secara konseptual suatu pangkalan data dan merupakan 1 cara mentakrif dan menggunakan data dalam 1 pangkalan data.
- Model pangkalan data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
|
Model Pangkalan Data Hierarki |
- Model terawal semenjak tahun 1950 dan sering digunakan dalam sistem pengurusan maklumat keluaran Syarikat IBM.
- Data disusun dalam struktur pokok.
- Sesuai digunakan sekiranya suatu entiti mempunyai hubungan 1 induk (parent) dengan 1 atau lebih entiti anak (child).
- Tidak menyokong hubungan banyak entiti induk kepada banyak anak.
- Disebabkan itu, model ini tidak banyak digunakan.
- Rekod data untuk setiap entiti dikodkan dalam organisasi hierarki.
- Setiap entiti diwakili oleh grid dengan 2 bahagian di baris atas dan di baris bawah.
- Bahagian atas menunjukkan nama atribut manakala bahagian bawah menunjukkan data untuk atribut tersebut.
- Sebuah entiti boleh mempunyai 1 atau lebih atribut.
- Dalam entiti dengan beberapa atribut, pilih atribut unik sebagai rujukan (dipanggil kekunci porimer).
- Anak panah digunakan untuk menghubungkan rekod data mengikut susunan entiti.
- Anak panah dilukis daripada 1 rekod data kepada 1 rekod data yang lain.
- Anak panah ditujukan kepada atribut kunci primer dalam setiap rekod data.
|
Model Pangkalan Data Rangkaian |
- Terdiri daripada beberapa jenis rekod dan dihubungkn melalui penunjuk.
- Mengatasi beberapa ketidakboleh tentuan dalam model hierarki.
- Kelemahan model hierarki boleh diatasi melalu model rangkaian.
- Untuk hubungan banyak induk ke banyak anak.
- Sukar untuk menambahkan hubungan baru.
|
Model Hubungan (Relational) |
- Sering digunakan kerana mudah dibina, digunakan dan diuruskan dalam dunia yang sebenar.
- Datanya disusun dalam jadual yang terdiri daripada lajur dan baris.
- Kelebihan ialah struktur pangkalan data tidak perlu dinyatakan terlebih dahulu.
- Model yang paling selalu digunakan antara model-model yang lain.
|
Model Pangkalan Data Berorientasikan Objek (Object Oriented) |
- Kaedah yang baharu dalam pengurusan data.
- Menyimpan takrifan objek-objek yang boleh digunakan semula oleh perisian.
- Menyimpan objek-objek dan hubungan.
- Mempunyai ciri yang sama dengan model rangkaian iaitu dapat mewakilkan data untuk hubungan banyak-ke-banyak.
|
- Kelas (class) – menggambarkan keadaan entiti objek sebenar.
- Atribut (attributes) – data yang mewakili sifat-sifat objek.
- Kaedah (method) – menjelaskan kelakuan bagi objek dan juga dikenali sebagai prosedur atau fungsi.
- Objek di dalam kelas dikenali sebagai kejadian kelas (class instances).
- Setiap kejadian kelas mempunyai nilai data yang tersendiri bagi setiap atribut tetapi masih boleh berkongsi nama atribut dan kaedah yang sama dengan kejadian kelas yang lain.
|
|
|
2.1.3 Entiti, Atribut, Set Hubungan dan Kekardinalan dalam Pangkalan Data |
- Pangkalan data dibangunkan untuk sistem maklumat yang berada dalam pelbagai persekitaran.
- Persekitanan ialah organisasi di mana pangkalan data direka bentuk, dibangunkan dan digunakan.
- Pangkalan data diperlukan untuk menyimpan data-data dari persekitaran untuk memproses sistem maklumat.
- Untuk mewakili persekitaran tersebut, pangkalan data mengandungi komponen-komponen yang terdiri daripada:
- Entiti
- Atribut
- Set hubungan
- Kekardinalan
- Reka bentuk pangkalan data diperlukan untuk menghasilkan 1 atau lebih banyak jadual hubungan.
- Setiap jadual hubungan mewakili 1 jenis entiti dan mengandungi 1 atau lebih rekod.
- Setiap rekod ialah 1 kejadian entiti dan mengandungi sekumpulan nilai atribut.
|
- Entiti merujuk suatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda.
- Entiti mempunyai data-data deskriptif yang boleh dikutip dan disimpan.
- Bukan semua objek sesuai dijadikan entiti.
- Jika tiada data dapat dikaitkan atau tiada keperluan untuk menyimpan data berkenaan sesuatu objek, maka objek tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai entiti.
- Dalam pangkalan data, setiap jadual mewakili satu entiti manakala setiap rekod mewakili kejadian satu entiti.
- Reka bentuk pangkalan data menggunakan gambar rajah terhubung.
- Apabila mereka bentuk entiti di atas kertas, gunakan simbol segi empat tepat dan tulis nama entiti.
- Nama entiti seharusnya kata nama umum yang bersesuaian. Kata nama khusus tidak sepatutnya digunakan.
- Simbol entiti:
|
- Entiti mempunyai data-data deskriptif.
- Data-data deskriptif ini dipanggil atribut dalam pangkalan data. Atribut penting kerana menerangkan ciri-ciri sesuatu entiti.
- Dalam pangkalan data, atribut ialah lajur-lajur dalam jadual dengan nama lajur sebagai nama atribut.
- Bagi setiap rekod, nilai atribut boleh diisi di bawah setiap lajur.
- Apabila mereka bentuk atribut di atas kertas, tulis nama atribut dalam simbol bulatan bujur.
- Kemudian, lukis garis lurus menghubungkan simbol atribut dengan simbol entiti berkaitan.
- Simbol atribut:
|
- Hubungan ialah perkaitan antara entiti.
- Hubungan merujuk perbuatan dan diwakili oleh kata kerja.
- Entiti merujuk objek dan diwakili oleh kata nama umum.
- Hubungan pula melibatkan dua entiti.
- Entiti pertama ialah entiti subjek, iaitu pelaku yang melaksanakan hubungan tersebut ke atas entiti kedua.
- Entiti kedua menerima kesan daripada hubungan itu, dan oleh itu dipanggil entiti objek.
- Set hubungan ialah koleksi sepasang entiti subjek-objek yang mempunyai hubungan yang sama.
- Set hubungan menggunakan sintaks yang berikut.
|
Kekardinalan (Cardinality) |
- Kekardinalan merujuk perhubungan antara entiti.
- Kekardinalan menyatakan bilangan entiti yang boleh dihubungkan dengan entiti yang lain melalui set hubungan.
- Dalam reka bentuk set hubungan, beberapa jenis kekardinalan akan digunakan. Antaranya ialah:
- Kekardinalan satu-ke-satu (1:1).
- Satu-ke-banyak (1:M).
- Banyak-ke-banyak (M:N).
- Kekardinalan ialah berasaskan keperluan pengguna.
|
|