Pembangunan Pangkalan Data Hubungan

 
2.3  Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
 
  • Pangkalan data ialah koleksi bersepadu bagi rekod data, fail ataupun objek-objek pangkalan data.

Penghasilan Pangkalan Data

  • Pangkalan data dibangunkan dengan menggunakan perisian sistem pengurusan pangkalan data atau Database Management System (DBMS).
  • DBMS merupakan pakej perisian dengan atur cara komputer bagi tujuan membangunkan, menggunakan dan menyelenggarakan pangkalan data.
  • Contoh: Microsoft Access, Microsoft SQL, MySQL dan Oracle SQL.
  • Berfungsi DBMS untuk menyelesaikan beberapa tugasan:
  • Membina rangkaian perniagaan melalui internet dan menyebarkan sistem maklumat.
  • Sebagai storan dan menghasilkan imej grafik, video dan audio.
  • Membina pejabat secara maya.
  • Memproses data yang kompleks.
  • Membina laman sesawang.
  • Microsoft Access:
  • Salah 1 aplikasi dalam Microsoft Office.
  • Kelebihan dalam mempelajari konsep pangkalan data ialah penggunaan “Antara Muka Grafikal (Graphical User Interface – GUI).
  • Aktiviti-aktiviti pembangunan pangkalan data hubungan:
  1. Membina pangkalan data
  2. Membina jadual (table)
  3. Mengisi jadual
  4. Mewujudkan hubungan (relationship)
  5. Membina dan mengisi boring
  6. Menyunting rekod
  7. Membina carian (query)
  8. Membina laporan (report)