Bahagian ini membincangkan sebab-sebab utama peluasan kuasa dan serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah pada penghujung tahun 1941. Kedatangan Jepun didorong oleh faktor eksploitasi sumber bahan mentah dan kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi pihak Bersekutu, di samping penggunaan propaganda untuk meraih sokongan masyarakat tempatan serta strategi serangan kilat dalam melancarkan penaklukan.
Arah pendaratan tentera Jepun, pecahan laluan pantai barat dan pantai timur di Tanah Melayu, serta laluan pendaratan dari Teluk Cam Ranh ke Sarawak dan Sabah hingga kejatuhan Singapura.
Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941. Tujuan kedatangan Jepun adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan berikutan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pihak Bersekutu.
Jepun menggunakan slogan seperti "Semangat Asia" dan "Asia untuk Orang Asia". Tujuannya adalah untuk menanamkan semangat antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia. Poster propaganda menggunakan tulisan Jawi, contohnya: "Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya".
Jepun menggunakan strategi serangan kilat, iaitu gerakan menyerang dengan kombinasi angkatan tentera darat, udara dan laut.
Baca soalan, jawab dalam hati, kemudian tekan "Semak Jawapan".
Mengapakah tentera Jepun menyasarkan penguasaan di Miri dan Lutong, Sarawak?
Apakah dua kapal perang British yang ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan?
Apakah kepentingan pangkalan tentera laut British di Singapura kepada pihak Jepun?
Jepun datang semata-mata untuk membebaskan negara Asia daripada penjajahan kuasa Barat.
Slogan pembebasan dan pembela Asia hanyalah propaganda untuk mengaburi matlamat sebenar Jepun, iaitu mengeksploitasi bahan mentah dan mencapai kepentingan strategik ketenteraannya bagi membentuk Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya.
Tentera Jepun hanya menyerang melalui jalan darat.
Jepun menggunakan strategi serangan kilat yang menggabungkan angkatan darat, udara dan laut secara serentak.
1 Apakah tujuan utama Jepun menggunakan slogan "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia"?
2 Bilakah peristiwa penawanan Singapura yang menandakan kejatuhan keseluruhan Tanah Melayu ke tangan Jepun berlaku?
3 Dua kapal perang British yang ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan ialah Repulse dan of Wales.
4 Pendaratan pertama tentera Jepun di Sarawak pada 16 Disember 1941 adalah di bandar .
Padankan kawasan berikut dengan kepentingan strategik atau sumber yang disasarkan oleh tentera Jepun. Jika menggunakan telefon, tekan pilihan jawapan dahulu, kemudian tekan kotak padanan.
There is something wrong with this question.