02-02: Kegiatan Ekonomi

2.2 Kegiatan Ekonomi
 
Pengenalan

Masyarakat kerajaan Alam Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan laut, serta perlombongan dan pembuatan.

Pertanian

Pada tahap awal, kegiatan pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja. Namun begitu, apabila terdapat lebihan hasil pertanian, lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian. Sebahagian besar kawasan Alam Melayu ditanam dengan padi.

Padi

  • Padi ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres atau relung
 
Kerajaan Funan, Kerajaan Champa dan Kerajaan Angkor Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya. Tasik Tonle Sap yang digunakan untuk mengairi kawasan padi sawah. Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray untuk menyimpan air. Di Champa, terdapat Ketua Air di setiap kampung untuk menyelenggarakan terusan dan daik (benteng atau tembok panjang yang dibuat daripada tanah untuk menahan air dan mencegah banjir).
Kerajaan Majapahit Pulau Jawa mempunyai tanah subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah. 
Kerajaan Srivijaya Padi sawah ditanam di kawasan pedalaman Palembang terutama di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi.

Rempah Ratus

  • Rempah-ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan lada hitam. 
 
Kegiatan Pertanian Yang Lain

  • Tanaman lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran dan buah-buahan. Mereka turut terlibat dalam kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. Malahan ada yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.
 
Perdagangan

Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat, dan adanya kemudahan pelabuhan telah membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju hasil kegiatan perdagangan dengan pedagang luar. Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli.

Kerajaan Pelabuhan Barang Didagangkan
Funan Oc Eo Damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu.
Champa Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti Beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu
Srivijaya Palembang Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai laut, gading gajah dan sumbu badak
Angkor Yasodharapura Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar dan gading gajah
Majapahit Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu, ikan, kulit penyu dan mutiara
Kedah Tua Sungai Mas dan Pangkalan Bujang Rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah
Gangga Nagara Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput Emas, bijih timah, rempah ratus, kapur barus dan damar

Pedagang Luar

  • Pedagang luar yang sering berdagang dengan Alam Melayu adalah dari China, India, Arab dan Parsi
  • Pedagang-pedagang China membawa pelbagai barangan dari China seperti sutera, tembikar, pinggan dan mangkuk, payung, gula dan gendang untuk mendapatkan barangan terutama yang mempunyai nilai perubatan dari Alam Melayu.
  • Pedagang India pula membawa kain kapas, tembikar dan pelbagai jenis batu berharga seperti akik dan karnelian untuk dijual kepada penduduk tempatan. Mereka mendapatkan kain sutera dari China dan pelbagai jenis barang dari Alam Melayu seperti rempah, gaharu dan kapur barus.
  • Pedagang Arab dan Parsi membawa pelbagai jenis tembikar, minyak wangi, barangan kaca dan manik yang didagangkan dengan kerajaan Alam Melayu. Di Alam Melayu, mereka membeli rempah dan kayu wangi untuk didagang semula ke Tanah Arab dan Rom.
 
Hasil Hutan dan Laut

Hasil Hutan

  • Gaharu digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. Gaharu banyak didapati di hutan Sungai Mekong, Tanah Melayu dan Sumatera.
  • Kapur barus banyak ditemukan di Sumatera dan Borneo. Kapur barus digunakan sebagai bahan pewangi.
 
Hasil Laut 

  • Gamat, mutiara dan rumpai laut mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka dan Laut Sulu.
  • Gamat dijadikan bahan makanan dan perubatan.
  • Rumpai laut dijadikan makanan.
  • Hasil hutan dan laut ini mendapat permintaan tinggi daripada pedagang kerana mempunyai pelbagai kegunaan seperti sumber makanan, ubatan, wangian, perhiasan dan bahan binaan.
 
Perlombongan dan Pembuatan

Perlombongan ialah kegiatan melombong emas, perak dan bijih besi. Pada peringkat awal, masyarakat kerajaan Alam Melayu menjalankan kegiatan melombong dengan cara mendulang secara kecil-kecilan. Pembuatan pula ialah kegiatan membuat barang harian dan mewah seperti perhiasan emas, cuka kelapa, pembuatan garam dan pembuatan tembikar.

Perlombongan

  • Di Champa, emas di lombong di kawasan pergunungan Hue.
  • Di Champa, perak dilombong di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya
  • Di Angkor, bijih besi dilombong di pergunungan Phnom Dek.
 
Pembuatan

  • Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang perhiasan.
  • Masyarakat kerajaan Champa mahir dalam pembuatan barangan tembikar.
  • Masyarakat kerajaan Champa mengusahakan pembuatan cuka kelapa.
  • Masyarakat kerajaan Majapahit mengusahakan pembuatan garam, gula dan minyak. Di samping itu, mereka mengusahakan pembungkusan daging kerbau dan membuat mi daripada beras.