Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Sistem pemerintahan Kerajaan Alam Melayu ialah sistem beraja.

 

2.1

 Sistem Pemerintahan

 

Pengenalan 

 

Sistem beraja ini terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah.

 
Kerajaan Funan

Raja

Gelaran raja-raja Funan ialah Kurung Bnam yang bermaksud raja gunung, Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat.

 

Pemerintahan Pusat dan Wilayah

Raja Funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera. Funan dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Ketua wilayah ini terdiri daripada putera-putera raja. Mereka digelar sebagai Raja Kecil.

 
Kerajaan Champa

Raja

Raja-raja Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja. Raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva.

 

Pemerintahan Pusat dan Wilayah

Raja Champa dibantu oleh para pembesar yang bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. Pada peringkat wilayah, Champa dibahagikan kepada 5 wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati,Vijaya, Kauthara dan Panduranga.

 
Kerajaan Srivijaya

Raja

Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di bumi. Raja Srivijaya digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.

 

Pemerintahan Pusat dan Wilayah

Raja dibantu oleh Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota, Pratiyuvaraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. Raja turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan. Pentadbiran wilayah terbahagi kepada 2, iaitu Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja.

 
Kerajaan Angkor

Raja

Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewa raja yang mengaitkan raja sebagai dewa. Kuasa kedua dan ketiga yang penting dalam sistem pemerintahan ialah Permaisuri dan Raja Muda.

 

Pemerintahan Pusat dan Wilayah

Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan,kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan.Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah, daerah, daerah kecil dan kampung.

 
Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua banyak dibayangi oleh kerajaan besar di Alam Melayu terutamanya kerajaan Srivijaya. Namun begitu, kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang ketua. Ketua ini mengurus hal perdagangan dan keagamaan. Apabila kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada kerajaan Srivijaya, corak pemerintahannya berubah. Kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Pradatuan kerajaan Srivijaya.

 
Kerajaan Majapahit

Raja

Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara.

 

Pemerintahan Pusat dan Wilayah

Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar.Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang terdiri daripada kerabat diraja Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah.Setiap wilayah ini dipecahkan kepada Kabupaten,Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan, iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung.

 
Kerajaan Gangga Nagara

Struktur pemerintahan kerajaan Gangga Nagara tidak jelas. Kajian menunjukkan kerajaan Gangga Nagara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja ini berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan.

 

2.2

Kegiatan Ekonomi

 
 

Pengenalan

 

 Masyarakat kerajaan Alam Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan laut, serta perlombongan dan pembuatan.

 

Pertanian

 

Pada tahap awal, kegiatan pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja. Namun begitu, apabila terdapat lebihan hasil pertanian, lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian. Sebahagian besar kawasan Alam Melayu ditanam dengan padi.

 

Padi

(ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres atau relung)

 

Kerajaan Funan, Kerajaan Champa dan Kerajaan Angkor

Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya. Tasik Tonle Sap yang digunakan untuk mengairi kawasan padi sawah. Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray untuk menyimpan air. Di Champa, terdapat Ketua Air di setiap kampung untuk menyelenggarakan terusan dan daik (benteng atau tembok panjang yang dibuat daripada tanah untuk menahan air dan mencegah banjir).

 

Kerajaan Majapahit

Pulau Jawa mempunyai tanah subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah. 

 

Kerajaan Srivijaya

Padi sawah ditanam di kawasan pedalaman Palembang terutama di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi.

 

Rempah Ratus

 
Rempah-ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan lada hitam. 
 

Buah Pala

Sumber : slideshare.net

 

Cengkih penawar Covid-19 hanya mitos - Kosmo Digital
Bunga Cengkih

Sumber : .kosmo.com.my

 

Kegiatan Pertanian Yang Lain

Tanaman lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran dan buah-buahan. Mereka turut terlibat dalam kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. Malahan ada yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.

 

Perdagangan

 

Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat, dan adanya kemudahan pelabuhan telah membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju hasil kegiatan perdagangan dengan pedagang luar. Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli.

 
Kerajaan Funan

Pelabuhan: Oc Eo

Barang didagangkan: Damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu.

 
Kerajaan Champa

Pelabuhan: Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti.

Barang didagangkan: Beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu.

 
Kerajaan Srivijaya

Pelabuhan: Palembang

Barang didagangkan: Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai laut, gading gajah dan sumbu badak.

 
Kerajaan Angkor

Pelabuhan: Yasodharapura

Barang didagangkan: Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar dan gading gajah.

 
Kerajaan Majapahit

Pelabuhan: Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya.

Barang didagangkan: Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu, ikan, kulit penyu dan mutiara.

 
Kerajaan Kedah Tua

Pelabuhan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang

Barang didagangkan: Rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah.

 
Kerajaan Gangga Nagara

Pelabuhan: Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.

Barang didagangkan: Emas, bijih timah, rempah ratus, kapur barus dan damar.

 

Pedagang Luar

 

Pedagang luar yang sering berdagang dengan Alam Melayu adalah dari China, India, Arab dan Parsi

Pedagang-pedagang China membawa pelbagai barangan dari China seperti sutera, tembikar, pinggan dan mangkuk, payung, gula dan gendang untuk mendapatkan barangan terutama yang mempunyai nilai perubatan dari Alam Melayu.

Pedagang India pula membawa kain kapas, tembikar dan pelbagai jenis batu berharga seperti akik dan karnelian untuk dijual kepada penduduk tempatan. Mereka mendapatkan kain sutera dari China dan pelbagai jenis barang dari Alam Melayu seperti rempah, gaharu dan kapur barus.

Pedagang Arab dan Parsi membawa pelbagai jenis tembikar, minyak wangi, barangan kaca dan manik yang didagangkan dengan kerajaan Alam Melayu. Di Alam Melayu, mereka membeli rempah dan kayu wangi untuk didagang semula ke Tanah Arab dan Rom.

 

Hasil Hutan dan Laut

 

Hasil Hutan

Gaharu digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. Gaharu banyak didapati di hutan Sungai Mekong, Tanah Melayu dan Sumatera.

 

Kapur barus banyak ditemukan di Sumatera dan Borneo. Kapur barus digunakan sebagai bahan pewangi.

 

Hasil Laut 

Gamat, mutiara dan rumpai laut mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka dan Laut Sulu.

 

Gamat dijadikan bahan makanan dan perubatan.

 

Rumpai laut dijadikan makanan.

 

Hasil hutan dan laut ini mendapat permintaan tinggi daripada pedagang kerana mempunyai pelbagai kegunaan seperti sumber makanan, ubatan, wangian, perhiasan dan bahan binaan.

 

Perlombongan dan Pembuatan

 

Perlombongan ialah kegiatan melombong emas, perak dan bijih besi. Pada peringkat awal, masyarakat kerajaan Alam Melayu menjalankan kegiatan melombong dengan cara mendulang secara kecil-kecilan. Pembuatan pula ialah kegiatan membuat barang harian dan mewah seperti perhiasan emas, cuka kelapa, pembuatan garam dan pembuatan tembikar.

 

Perlombongan

 

Di Champa, emas di lombong di kawasan pergunungan Hue.

Di Champa, perak dilombong di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya.

Di Angkor, bijih besi dilombong di pergunungan Phnom Dek.

 

Pembuatan

 

Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang perhiasan.

Masyarakat kerajaan Champa mahir dalam pembuatan barangan tembikar.

Masyarakat kerajaan Champa mengusahakan pembuatan cuka kelapa.

Masyarakat kerajaan Majapahit mengusahakan pembuatan garam, gula dan minyak. Di samping itu, mereka mengusahakan pembungkusan daging kerbau dan membuat mi daripada beras.