03-01: Bahasa dan Tulisan

3.1  Bahasa dan Tulisan
 
Pengenalan

 

Sifat keterbukaan masyarakat kerajaan Alam Melayu membolehkan sistem tulisan berkembang dalam kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit dan Kedah Tua. Penggunaan bahasa juga sama.

 

      1. Kerajaan Funan

 

• Kerajaan Funan menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua.

• Tulisan masyarakat Funan berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India.

• Funan menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India.

 

      2. Kerajaan Champa

 

• Masyarakat kerajaan Champa menuturkan bahasa Melayu Champa dan bahasa Sanskrit. 

• Dalam aspek tulisan, masyarakat kerajaan Champa menggunakan tulisan Palava dan tulisan Champa Kuno

• Agama Islam tersebar di Champa sejak abad kelapan. Oleh itu, bahasa Melayu Champa menjadi bahasa utama seiring dengan perkembangan tulisan Jawi.

 

      3. Kerajaan Srivijaya

 

• Masyarakat kerajaan Srivijaya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian. 

• Batu bersurat dijumpai ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava.

 

      4. Kerajaan Angkor

 

• Masyarakat kerajaan Angkor menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer.

• Terdapat dua jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer.

 

      5. Kerajaan Majapahit

 

Bahasa utama masyarakat kerajaan Majapahit ialah Jawa Kuno. Masyarakat kerajaan ini menggunakan tulisan Kawi.

Selepas tersebarnya agama Islam, masyarakat kerajaan Majapahit mula menggunakan huruf-huruf Arab dalam sistem tulisan mereka. Tulisan yang menggunakan huruf Arab bagi menulis bahasa Jawa dikenali sebagai tulisan Pegon.

 

      6. Kerajaan Kedah Tua

 

• Penemuan batu-batu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua.

 

Dokumentasi: himpunan atau kumpulan bahan bertulis yang dapat digunakan sebagai bukti atau keterangan bagi sesuatu kajian.

Tulisan Kawi: tulisan ini berasal dari India. Perkataan Kawi diambil daripada istilah Kavi dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.

 

Ekoran pertembungan pelbagai budaya, bahasa Melayu telah menerima pengaruh beberapa bahasa asing sehingga memperkaya lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Antara pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu adalah seperti di bawah :

 
Sanskrit Tamil Cina Parsi Arab

bhakti (bakti)

buddhi (budi)

bhumi (bumi)

bhasha (bahasa)

dosa (dosa)

petti (peti)

puralli (perli)

kadai (kedai)

satai (sate)

kattil (katil)

tau ge (tauge)

poh pia (popia)

te ko (teko)

tau hu (tauhu)

sam pan (sampan)

anggur (anggur)

gandum (gandum)

khusti (gusti)

lashkar (askar)

khurma (kurma)

kursiy (kerusi)

qamus (kamus)

dzalim (zalim)

sirwal (seluar)

fardhu (fardu)