03-03: Seni Bina

 
3.3  Seni Bina
 
Pengenalan

 

Kecemerlangan masyarakat kerajaan Alam Melayu dapat dilihat melalui hasil seni bina mereka seperti candi, perkapalan dan sistem pengairan.

 

Kerajaan Funan

 
  • Masyarakat kerajaan Funan mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan. Mereka juga mempunyai perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang.
  • Candi telah dibina sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat. 
 

Kerajaan Angkor

 
  • Masyarakat kerajaan Angkor membina baray berukuran 2 x 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi di sekitarnya. 
  • Seni bina kerajaan Angkor yang masyhur ialah Angkor Wat. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12. Angkor Wat dibina dengan keluasan 208 hektar. 
 

Kerajaan Champa

 
  • Seni bina masyarakat kerajaan Champa dapat dilihat melalui binaan candinya.
  • Antara candi kerajaan Champa yang masyhur termasuklah kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar.
 

Kerajaan Srivijaya

 
  • Masyarakat kerajaan Srivijaya mempunyai Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera.
  • Rekod kerajaan China mencatatkan Palembang sebagai pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar, boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China.
 

Kerajaan Majapahit

 
  • Masyarakat kerajaan Majapahit mempunyai Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah.
  • Selain candi, masyarakat kerajaan Majapahit membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang, iaitu pintu gerbang laluan raja dan Gapura Bajang Ratu, iaitu pintu masuk ke dalam sebuah bangunan suci di Jawa Timur.
 

Kerajaan Kedah Tua

 
  • Binaan candi banyak tertumpu kepada agama Hindu dan Buddha di Lembah Bujang.
  • Antara tinggalan candi Buddha yang masyhur termasuklah di Bukit Choras, Bukit Pendiat dan Bukit Meriam. Tinggalan candi Hindu yang masyhur adalah di Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam.
 

Kerajaan Gangga Nagara

 
  • Penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan merupakan antara bukti seni bina masyarakat kerajaan Gangga Nagara.