Pencemaran Udara

7.3  Pencemaran Udara

 

Definisi
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemar dalam udara

 

Puncah bahan pencemar
Punca Bahan pencemar
  • Pembakaran terbuka
  • Rokok
  • Kebakaran hutan
 Habuk, jelaga, asap, zara loam
  • Tapak pembinaan
  • Kilang asbestos
  • Kuari batu kapur
 Habuk dan debu
  • Aktiviti pertanian dan perladangan
 Bahan semburan pestisid, baja kimia
  • Alat pendingin udara
  • Peti sejuk
  • Semburan aerosol
  • Kilang elektronik
Klorofluorokarbon (CFC)
  • Loji kuasa nuklear
 Bahan radioaktif
  • Ekzos kenderaan
  • Kilang
 Asap, jelaga, habuk, karbon monoksida

 

Punca dan kesan buruk pencemaran udara

Kesihatan manusia

  • Asap jelaga menyebabkan masalah kesesakan nafas.
  • Sulfur dioksida menyebabkan penyakit berkaitan salur pernafasan
  • Karbon monoksida menyebabkan sakit kepala, kerencatan akal atau membawa maut
  • Zarah asbestos menyebabkan kanser peparu
  • Zarah plumbum menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak dan bayi

Bangunan dan infrastruktur

  • Habuk dan jelaga mengotorkan bangunan
  • Hujan asid mengakis struktur konkrit dan batu kapur
  • Hujan asid mempercepat pengaratan besi

Tumbuhan dan haiwan

  • Hujan asid menyebabkan tanah berasid dan kurang subur
  • Hujan asid menyebabkan sumber air berasid dan tidak sesuai untuk hidupan akuatik
  • Asap dan jerebu mengurangkan cahaya matahari sampai ke Bumi dan menyebabkan kadar fotosintesis menjadi rendah

Iklim bumi

  • Pembebasan asap dari kilang, ekzos kenderaan dan pembakaran terbuka menyebabkan jerebu
  • Karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan kesan rumah hijau
  • Klorofluorokarbon yang berlebihan menyebabkan penipisan lapisan ozon
  • Gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid

 

 

Langkah-langkah mencegah dan mengawal pencemaran udara

Melalui undang-undang

  • Denda kepada perokok yang merokok di kawasan larangan
  • Denda kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka
  • Denda kepada pemandu kenderaan yang ekzosnya mengeluarkan asap berlebihan
  • Tidak membenarkan kilang dibangunkan di kawasan perumahan

Melalui pendidikan

  • Pendidikan di sekolah yang menekankan pencemaran udara dan langkah-langkah pengawalannya
  • Program antimerokok
  • Galakan untuk berjalan kaki atau menunggang basikal
  • Galakan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta

Melalui sains dan tekonologi

  • Teknologi kenderaan hibrid
  • Teknologi peti sejuk menggunakan hidroklorofluorokarbon (HCFC) menggantikan klorofluorokarbon (CFC)
  • Pemasangan penapis cerobong asap di kilang
  • Penggunaan penukar bermangkin pada kenderaan bermotor
  • Menggantikan kaedah penggunaan pestisid dengan kaedah kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak