Reka Bentuk Fesyen

 

5.2
 
Reka bentuk fesyen
 
  • Mentakrifkan reka bentuk fesyen
  • Menyenaraikan jenis reka bentuk fesyen
  • Mengenal pasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen
  • Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen
  • Menganalisis elemen dalam reka bentuk fesyen
  • Mengenal pasti jenis bahan dalam reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran 
  • Menghasilkan reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang dipilih
 

1. Reka bentuk fesyen merupakan suatu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori.

2. Reka bentuk fesyen menekankan aplikasi konsep, prinsip dan elemen reka bentuk serta estetika atau keindahan semula jadi dalam rekaan.

3. Berikut ialah contoh kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen:

  • Pereka fesyen
  • Peramal fesyen
  • Tenaga pengajar fesyen
  • Perunding imej
 

4. Dalam sukatan pembelajaran pelajar, jenis reka bentuk fesyen difokuskan kepada dua jenis iaitu:

  1. Pakaian
    - Baju, seluar, kemeja, baju kurung dan lain-lain.
     
  2. Aksesori
    - Topi, tali pinggang, jam tangan dan lain-lain

5. Proses penyediaan reka bentuk fesyen boleh dibuat dengan pelbagai cara, iaitu menggunakan teknik cantuman dan penggunaan alatan yang berbeza.

6. Teknik beberapa teknik cantuman yang biasa digunakan dalam reka bentuk fesyen, iaitu:

  • Kaedah jahitan
  • Kaedah sulaman
  • Kaedah tampalan
  • Kaedah lain

7. Proses penyediaan reka bentuk fesyen memerlukan penggunaan pelbagai jenis alatan. Antara alatan yang sering digunakan disenaraikan dalam jadual di bawah:

Alatan Contoh
Alatan mengukur
  • Pembaris
  • Pita pengukur
Alatan mendraf
  • Pembaris melengkung
  • Pembaris sesiku L
Alatan memotong
  • Gunting kertas
  • Gunting fabrik
  • Kacip
  • Penetas
Alatan menanda
  • Pensel tukang jahit
  • Kapur penanda 
  • Jarum peniti
  • Roda surih dan kertas karbon
Alatan menjahit
  • Jidal
  • Jarum jahit tangan
  • Mesin jahit
  • Mesin sulaman
Alatan lain
  • Tweezer
  • Stapler
  • Pistol perekat panas
  • Pita selofan

8. Elemen reka bentuk fesyen terdiri daripada garisan, bentuk, warna dan tekstur.

Elemen Penerangan
Bentuk
Merujuk kepada pada struktur luar bentuk badan atau dikenali sebagai silhoutte.
  • Bentuk segi empat atau tubular
  • Bentuk jam pasir atau hour glass
  • Bentuk tiga segi terbalik
  • Bentuk tiga segi
Garisan
Menghasilkan kesan visual dan mesej yang berbeza-beza melalui pakaian dan aksesori yang dipakai
  • Garisan menegak
  • Garisan mendatar
  • Garisan menyerong

Warna
Mempunyai pelbagai fungsi dan memberi kesan yang berbeza-beza dalam reka bentuk fesyen

  • Warna primer
  • Warna sekunder
  • Warna tertier
Tekstur
Merujuk kepada pada rupa permukaan sesuatu benda atau rasa pada fabrik atau bahan.
  • Tekstur lembut
  • Tekstur berkilat
  • Tekstur kasar
  • Tekstur legap
 

9. Contoh bahan yang biasa digunakan dalam reka bentuk fesyen adalah seperti berikut:

  1. Fabrik
    - Jenis fabrik yang biasa digunakan adalah seperti kapas, denim, drill, satin dan lycra.
     
  2. Benang
    - Digunakan untuk mencantumkan atau melekatkan dua atau lebih artikel sama ada dengan tangan ataupun mesin.
     
  3. Fabrik felt
    - Fabrik ini selalu digunakaan untuk membuat hiasan 
     
  4. Kancing
    - Digunakan untuk merapatkan, mencantum, menutup atau melekatkan bahan pada pakaian atau aksesori.
     
  5. Butang plastik
    - Digunakan sebagai aksesori tambahan pada aksesori.
     
  6. Lapik dalam/ interfacing
    - Sekeping fabrik yang diletakkan di antara fabrik pakaian untuk mengeraskan dan mengukuhkan bahagian seperti kolar kemeja.
     
  7. Pita perekat/ velcro
    - Untuk mencantum bahagian seperti pada bukaan topi, beg dan kasut.
     
  8. Dawai
    - Digunakan untuk membuat aksesori seperti pin, kerongsang dan lain-lain.
     
  9. Getah
    - Mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan, mempunyai pelbagai fungsi.
     
  10. Tali
    - Untuk membuat aksesori, contoh tali adalah seperti tali senar elastik, satin, nilon dan poliester.
 

10. Penghasilan reka bentuk fesyen melibatkan 5 fasa, iaitu:

Fasa Penerangan
Fasa 1 Pilih tema dan reka bentuk produk
Fasa 2 Tinjauan dan penyelidikan
Fasa 3 Penjanaan idea
Fasa 4 Pembinaan mock up
Fasa 5 Pengujian dan penambahbaikan

11. Secara umumnya, terdapat 8 langkah utama dalam membangunkan reka bentuk fesyen. Langkah yang terlibat adalah seperti carta alir berikut:

Sediakan bahan dan alatan

Mengukur 

                                                                   ↓                                                                          

Mendraf

     ↓       

Menanda

     ↓       

Memotong

    ↓       

Mencantum

   ↓       

Kemasan

   ↓       

Produk siap