| 8. Komponen utama sistem fertigasi terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu 
							SumberMediumAlur keluar Namun begitu, terdapat komponen lain yang digunakan dalam sistem fertigasi komersial 9. Berikut merupakan komponen sistem fertigasi komersial 
							
								
									| Komponen | Penerangan |  
									| Tangki nutrien | 
										Berfungsi untuk menakung larutan bajaSistem pengairan dilakukan dengan bantuan pam air atau secara tarikan graviti |  
									| Pam air | 
										Berfungsi untuk mengepam larutan baja dan air dari tangki nutrien ke sistem pengairan |  
									| Set penitis, tiub mikro dan nipple | 
										Nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebukBahagian tiub mikro disambung pada nipple beralur dua dan satu bahagian di sambung pada penitis. |  
									| Penapis | 
										Berfungsi untuk menapis benda asing daripada masuk ke dalam sistem pengairan dan dipasang selepas pam air. |  
									| Alat pengatur masa | 
										Berfungsi untuk memastikan penyaluran larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan, dan kuantiti yang telah ditetapkan |  
									| Paip ladang | 
										Terdiri dari paip utama, paip sekunder, dan paip tertierKetika membuat pemasangan, bahan-bahan penyambungan perlu untuk melengkapkan sistem pengairan tersebut. |  10. Bekalan elektrik berfungsi untuk membekalkan kuasa ke pam air. 11. Sumber air yang bersih diperlukan dalam kuantiti yang banyak, nilai pH yang sesuai adalah antara 5.5 - 6.5. 12. Kualiti air boleh ditentukan dengan menggunakan pH meter dan EC meter, sumber air yang boleh digunakan adalah dari sungai, kolam, tasik atau telaga. 13. Berikut adalah jadual perbandingan sistem fertigasi dan konvesional 
							
								
									| Perbandingan | Sistem Fertigasi | Sistem konvensional |  
									| Jenis tanaman | Tanaman jenis sayur dan buah | Semua jenis tanaman |  
									| Struktur perlindungan hujan | Pilihan | Tidak perlu |  
									| Jaring kalis serangga | Pilihan | Tidak perlu |  
									| Sistem pengairan | Titis dan baja | Penyiraman biasa |  
									| Air | Air bersih | Pelbagai sumber air |  
									| Modal | Tinggi | Rendah |  
									| Tapak tanah | Mesti rata | Tidak perlu rata |  
									| Elektrik | Mesti ada | Tidak perlu |  
									| Pengetahuan teknikal | Sangat perlu | Perlu |  
									| Keadaan tanah | Tidak penting | Perlu tanah subur |  
									| Kos operasi | Rendah | Tinggi |  
									| Risiko penyakit | Rendah | Tinggi |  
									| Keseragaman pokok | Seragam | Tidak seragam |  14. Terdapat beberapa keperluan asas dalam sistem fertigasi iaitu: 
							Tangki larutan baja- Perlukan 2 tangki untuk menyediakan larutan baja stok A dan B.
 
Larutan stok baja- Baja stok A dan B perlu dilarutkan mengikut sukatan yang betul.
 
Media tanaman- Coco peat, sekam padi, peat moss digunakan untuk menggantikan tanah
 
Biji benih- Pastikan menggunakan benih yang bebas daripada penyakit
 
Alat pengukur- Untuk mengukur kualiti air pengairan sistem fertigasi
 15. Jenis dan varieti tanaman yang baik penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. 16. Pastikan pemilihan jenis tanaman dan varieti sesuai dengan persekitaran seperti suhu, kelembapan udara dan tahap pengurusan. 17. Terdapat 3 jenis sistem pengairan, iaitu  
							Sistem pengairan percikanSistem pengairan kabusSistem pengairan titis 18. Elemen reka bentuk sistem fertigasi adalah seperti berikut: 
							GarisanBentukTeksturSaizWarnaRupaRuang 19. Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi boleh dilakukan dari segi elemen dan kriteria yang telah digunakan. 20. Penilaian ini boleh dilakukan dengan menggunakan borang penilaian lakaran reka bentuk. 21. Ujian penilaian objek dilakukan pada sistem pengairan fertigasi untuk mengenal pasti sama ada sistem yang dipasang menepati ciri-ciri rekaannya. 22. Terdiri daripada ujian titisan model separa berfungsi dan ujian sambungan mock-up. 23. Pengurusan tanaman terbahagi kepada 4 kategori, iaitu: 
							Pengurusan prasemaian dan penanamanPengurusan semaianPengurusan penjagaanPengurusan tanaman |