| 6. Terdapat tiga teknik lakaran piktorial iaitu: 
				Lakaran piktorialLakaran oblikLakaran perspektif 7. Penguasaan teknik melakar garisan lurus perlu diketahui untuk memastikan garisan yang dibuat tidak tersasar dari titik yang dikehendaki. 8. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu 
				Kaedah garisan pendekKaedah garisan terus dua titik 9. Lakaran oblik ialah lakaran berbentuk 3D, prinsip yang perlu diamalkan ketika melakar oblik adalah seperti berikut 
				Lakaran oblik bergantung kepada jenis kavalier atau kabinetLakaran dilakarkan berpandukan tiga paksi asas, iaitu paksi menegak, paksi surut dan paksi mendatar.Paksi surut adalah cenderung kepada paksi mendatar dan sudut yang digunakan ialah 45ºPaksi mendatar adalah bersudut tepat dengan paksi menegak 10. Lakaran isometrik ialah lakaran piktorial yang menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan objek. Objek ini dapat menggambarkan pandangan dalam bentuk 3D iaitu gabungan: 
				Pandangan atas (pelan)Pandangan hadapanPandangan sisi 11. Lakaran perspektif ialah kaedah ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata manusia, iaitu objek dekat bersaiz besar berbanding dengan objek yang jauh. 12. Dalam lakaran piktorial, tidak semua objek berada pada garisan lurus, oleh itu lakaran bulatan, lengkungan dan elips diperlukan untuk melakar objek-objek berbentuk silinder, sfera dan kon. 13. Gaya visual lakaran merujuk kepada teknik untuk menjadikan lakaran objek lebih realistik dan nampak menarik, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan iaitu: 
				RenderingKesan cahaya dan bayang |