Pengurusan projek reka bentuk

 

2.1
 
Pengurusan projek reka bentuk
 
  • Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk.
  • Menjana idea reka bentuk.
  • Mengenal pasti langkah pengurusan pelaksanaan projek.
  • Merangka perancangan projek.
  • Menganalisis perancangan projek dan jadual kerja.
  • Menyediakan anggaran kos .
  • Merancang pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan
 

1. Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa, dan kos projek.

  • Skop kerja terdiri daripada skop produk dan skop projek.
  • Tempoh masa merupakan masa yang ditetapkan untuk menyempurnakan sesuatu projek
  • Kos projek melibatkan peruntukan kewangan bagi menjayakan projek.

2. Kesimpulannya, pengurusan projek reka bentuk yang baik bermula daripada merancang aktiviti projek, menyediakan pelan atau reka bentuk produk, dan menentukan bilangan produk yang dihasilkan.

3. Pengawalan pelaksanaan dan sumber turut dibuat agar penghasilan produk menepati kualiti dan masa yang ditetapkan.

 

4. Idea reka bentuk produk dapat dijana melalui langkah berikut:

  • Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk
  • Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
  • Menukar saiz objek
  • Menterbalikkan kedudukan
 

5. Langkah pengurusan projek terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Perancangan
  • Penjadualan
  • Pengawalan

- Organisasi perlu dibentuk dalam pengurusan pelaksanaan projek bagi memudakan pelaksanaannya.

Perancangan
  • Peringkat projek paling utama dan menjadi penentu objektuf sesuatu projek.
Penjadualan
  • Untuk menentukan anggaran jangka masa yang ditetapkan bagi menyiapkan sesuatu projek.
Pengawalan
  • Ia merangkumi pengawalan sumber, kos, kualiti dan belanjawan.
 

6. Menganalisis perancangan projek bermaksud mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam pembangunan projek.

7. Garis panduan penjadualan projek adalah seperti berikut:

  1. Menentukan aktiviti jadual
  2. Menyusun aktiviti mengikut keperluan
  3. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
  4. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti
  5. Membangunkan jadual
  6. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
 

8. Penyediaan anggaran kos ialah satu proses yang wajib dilakukan oleh perunding bahan yang bertindak sebagai rujukan kepada pihak pelanggan.

9. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos iaitu:

  1. Kaedah unit/kuantiti: anggaran mengikut kuantiti barangan atau perkhidmatan dan berdasarkan bilangan unit pengguna.
     
  2. Konsep SMART: konsep ini diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek bermula dari Specify, Measureable, Attainable, Realistic & Time-bound.

    S: penetapan tujuan atau objektif projek
    M: pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos terlibat
    A: bermaksud projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan
    R: mewakili kesesuaian dengan kehendak pengguna
    T: masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek
 

10. Kumpulan kerja ialah ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi, iaitu setiap individu membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai matlamat yang sama dan berkomunikasi.

11. Kelebihan pembentukan kumpulan kerja:

Individu Pasukan
Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan Memperoleh hasil yang optimum
Tanggungjawab akan dikongis bersama-sama ahli kumpulan Kejelekatan (rapat dan mesra) sesama ahli
Ahli memilih tanggungjawab yang lebih khusus/pakar Komunikasi berlaku secara terbuka
Penghargaan dan iktiraf dikongsi bersama-sama Penglibatan yang menyeluruh
Ahli pasukan berkeupayaan mempengaruhi ahli lain Pengumpulan sumber dan memanfaatkannya secara maksimum
Pengalaman dan pengetahuan ahli boleh dikongsi bersama-sama Peningkatan motivasi staf

12. Bagi melibatkan individu bekerja dalam pasukan, perkara yang berikut perlu diberi perhatian:

  • Memberi tugas yang mencabar: ini membolehkan ahli pasukan memberikan sumbangan dari segi kepakaran dan kebolehan yang optimum.
     
  • Menentukan pembentukan individu: 
    i) Pemilihan: memilih individu yang mempunyai kemahiran dan ilmu dalam menjalankan tugas mereka.
    ii) Latihan: latihan diberikan secara terancang bagi meningkatkan kemahiran pasukan
    iii) Ganjaran: sistem ganjaran menggalakkan persaingan sihat dan pengha