Projek brief

 

3.1

Projek brief
 
  • Definisi projek brief
  • Ciri projek brief
  • Perancangan projek brief
  • Menyaring maklumat dalam projek brief
  • Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran
  • Pembinaan mock-up atau model
  • Penilaian hasil mock-up atau model
 

1. Projek brief ialah satu proses perbincangan awal antara dua pihak iaitu pengurus projek, pelanggan.

2. Pereka bentuk juga perlu bersama-sama semasa sesi perbincangan supaya dapat menterjemahkan idea reka bentuk produk.

3. Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan.

 

4. Pengurus projek akan menentukan ciri-ciri yang terdapat dalam projek brief

5. Ciri-ciri projek brief adalah seperti berikut:

  • Tajuk projek
  • Gambaran keseluruhan projek
  • Kriteria produk
  • Perancangan pengurusan projek
  • Analisis kajian
  • Lakaran idea
  • Mock-up atau model
Ciri-ciri Penerangan
Tajuk projek
  • Tajuk projek seharusnya spesifik dan bukan dinyatakan secara umum.
Gambaran keseluruhan projek
  • Gambaran ini boleh ditunjukkan melalui foto, bahan konkrit atau tayangan video
Kriteria produk
  • Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk
Perancangan dalam pengurusan projek
  • Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja
Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran
  • Kajian reka bentuk merujuk kepada perbandingan produk sedia ada di pasaran.
  • Kajian pasaran pula merangkumi kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk dan persaingan sedia ada.
Lakaran idea
  • Lakaran idea ini biasanya adalah dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan
Penghasilan mock-up atau model
  • Mock-up dikenali sebagai model olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati
  • Model boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk model berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi
 

6. Perancangan projek brief merangkumi dua kriteria penting iaitu:

  1. Kriteria pertimbangan utama
  2. Catatan penerangannya

7. Setelah borang projek brief lengkap, malumat yang diperoleh perlu disaring untuk memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk.

8. Maklumat pada borang projek brief boleh diringkaskan dalam bentuk jadual atau gambar rajah bermaklumat seperti berikut:

 

9. Setelah proses saringan maklumat selesai, proses yang seterusnya adalah mengaplikasikan semua data dalam bentuk jadual dan lakaran.

10. Langkah seterusnya ialah pembinaan mock-up atau model dengan menggunakan bahan yang sesuai.

11. Mock up: model olokan yang dibuat sebelum menghasilkan model sebenar

  • Ia dibina untuk memberikan gambaran awal produk.
  • Ia boleh dibina mengikut saiz atau tanpa ukuran sebenar.
  • Pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk penghasilan mock-up seperti kadbod, plastisin, kayu, polisterin dan lain-lain.

12. Model terbahagi kepada dua iaitu:

  • Model separa berfungsi: dikenali sebagai model blok yang dihasilkan secara berskala atau saiz sebenar.
  • Model berfungsi sepenuhnya: menyerupai objek sebenar dan berfungsi mengikut tujuan sasaran.

13. Alatan dan bahan untuk cantuman mock-up dan model adalah seperti berikut:

  • Pistol perekat panas
  • Perekat kayu
  • Super glue
  • Gam paip PVC
  • Benang dan jarum
 

14. Setelah mock-up atau model dihasilkan, ia perlu menjalani proses penilaian bagi mengukur tahap keberkesanan produk.

Tahap keberkesanan produk terbahagi kepada tiga faktor:

  1. Mematuhi kriteria projek brief
  2. Memenuhi kehendak pelanggan
  3. Ketepatan rupa bentuk

15. Terdapat dua kaedah yang sering digunakan untuk menguji produk iaitu:

  • Pengujian di lapangan
  • Pengujian di makmal

Sebelum memulakan ujian, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu, dan semua parameter haruslah boleh diukur dan tidak bersifat subjektif.

 

16. Penilai mock-up tidak boleh mengukur fungsi produk, ia dibuat berdasarkan bentuk, keseimbangan, kestabilan dan kekuatan cantuman.

17. Selepas parameter ditentukan, ujian akan dijalankan dan keputusan ujian perlu dicatatkan dan digunakan sebagai rujukan penambahbaikan.

18. Pengujian bagi model adalah dari segi kefungsian dan dibuat bergantung pada jenis model sama ada model separa berfungsi atau model berfungsi sepenuhnya.

19. Seperti pengujian mock-up, parameter juga ditetapkan terlebih dahulu sebelum ujian dimulakan.

20. Model berfungsi sepenuhnya biasanya melibatkan reka bentuk fesyen dan biasanya model ini boleh terus digunakan oleh pengguna.