Reka Bentuk Sistem Fertigasi

5.1
 
Reka bentuk fertigasi
 
  • Mentakrifkan sistem fertigasi
  • Mengenal pasti komponen utama berfungsi dalam penyediaan reka bentuk
  • Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi
  • Menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi
  • Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi
  • Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
 
1. Sistem fertigasi ialah sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan dan pembajaan yang rapi.

2. Media tanaman seperti coco peat atau sekam padi diguna bagi menggantikan fungsi tanah dan sistem ini memerlukan cahaya matahari secara langsung sekurang-kurangnya 6 jam untuk tujuan proses fotosintesis.

3.Sistem  fertigasi merupakan satu daripada cabang hidroponik di mana kaedah penanaman dilakukan tanpa tanah.

Jenis-jenis sistem hidroponik adalah seperti berikut:

Jenis sistem hidroponik Penerangan

Teknik aliran cetek

  • Larutan baja disalurkan dalam palung yang mengandungi akar tanaman.

Teknik aliran dalam

  • Teknik yang sama seperti teknik aliran cetek, perbezaannya hanya dari segi saiz palung iaitu lebih besar dan luas.

Teknik takung

  • Biji benih disemai pada media tanaman dalam bekas yang diletakkan di atas larutan baja pada takung

Teknik pasang surut

  • Alat pengatur masa digunakan untuk mengawal pengaliran larutan baja pada tanaman

Aeroponik

  • Akar tanaman yang bergantung di udara dalam ruang tanaman disembur dengan larutan baja secara semburan kabus melalui nozzle mengikut masa yang ditetapkan

Teknik pengairan titis (teknik agregat)

  • Teknik ini paling berkesan kerana bekalan air dan campuran baja dapat disalurkan terus ke akar pokok mengikut masa yang ditetapkan.

4. Sistem fertigasi sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran sepertu tomato, cili merah. strawberi. melon dan pokok hiasan.

5. Tujuan penanaman secara fertigasi adalah seperti berikut:

  1. Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat.
  2. Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman.
  3. Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman.

6. Kelebihan menanam secara fertigasi adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan baja secara cekap.
  2. Penggunaan air secara efisien.
  3. Pembajaan dapat dilakukan serentak serta nutrien lengkap dibekalkan pada tanaman secara terkawal
  4. Menghindar masalah penyakit kerana menggunakan media tanaman dan persekitaran yang bersih
  5. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah kepada penyakit, dan perosak tanaman.
  6. Masalah merumpai sangat rendah
  7. Kos operasi seperti penggunaan air, baja dan tenaga buruh dapat dikurangkan
  8. Peningkatan hasil tanaman

7. Penanaman fertigasi di Malaysia menggunakan dua kaedah iaitu

  • Penanaman Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
  • Penamaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan atau terbuka
Kaedah penanaman Penerangan

Struktur Perlindungan Hujan (SPH)

  • Melindungi tumbuhan daripada hujan lebat dan pancaran matahari yang terik
  • Bumbung SPH selalunya diperbuat daripada plastik yang mempunyai lapisan perlindungan UV
  • Rangka SPH boleh diperbuat daripada kayu, paip besi, plastik atau bahan-bahan kukuh yang lain.
  • SPH akan lebih berkesan sekiranya jaring kalis serangga dipasang pada dinding SPH

Terbuka

  • Tanaman fertigasi secara terbuka diletakkan di tempat terbuka tanpa bumbung
  • Apabila musim hujan air hujan akan mencairkan baja dalam polibeg
  • Penanam juga perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga untuk melindungi tanaman mereka daripada serangan penyakit.
 
8. Komponen utama sistem fertigasi terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu

  • Sumber
  • Medium
  • Alur keluar

Namun begitu, terdapat komponen lain yang digunakan dalam sistem fertigasi komersial

9. Berikut merupakan komponen sistem fertigasi komersial

Komponen Penerangan
Tangki nutrien
  • Berfungsi untuk menakung larutan baja
  • Sistem pengairan dilakukan dengan bantuan pam air atau secara tarikan graviti
Pam air
  • Berfungsi untuk mengepam larutan baja dan air dari tangki nutrien ke sistem pengairan
Set penitis, tiub mikro dan nipple
  • Nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebuk
  • Bahagian tiub mikro disambung pada nipple beralur dua dan satu bahagian di sambung pada penitis.
Penapis
  • Berfungsi untuk menapis benda asing daripada masuk ke dalam sistem pengairan dan dipasang selepas pam air.
Alat pengatur masa
  • Berfungsi untuk memastikan penyaluran larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan, dan kuantiti yang telah ditetapkan
Paip ladang
  • Terdiri dari paip utama, paip sekunder, dan paip tertier
  • Ketika membuat pemasangan, bahan-bahan penyambungan perlu untuk melengkapkan sistem pengairan tersebut.

10. Bekalan elektrik berfungsi untuk membekalkan kuasa ke pam air.

11. Sumber air yang bersih diperlukan dalam kuantiti yang banyak, nilai pH yang sesuai adalah antara 5.5 - 6.5.

12. Kualiti air boleh ditentukan dengan menggunakan pH meter dan EC meter, sumber air yang boleh digunakan adalah dari sungai, kolam, tasik atau telaga.

13. Berikut adalah jadual perbandingan sistem fertigasi dan konvesional

Perbandingan Sistem Fertigasi Sistem konvensional
Jenis tanaman Tanaman jenis sayur dan buah Semua jenis tanaman
Struktur perlindungan hujan Pilihan Tidak perlu
Jaring kalis serangga Pilihan Tidak perlu
Sistem pengairan  Titis dan baja Penyiraman biasa
Air Air bersih Pelbagai sumber air
Modal Tinggi Rendah
Tapak tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Elektrik  Mesti ada Tidak perlu
Pengetahuan teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan tanah Tidak penting Perlu tanah subur
Kos operasi Rendah Tinggi
Risiko penyakit Rendah Tinggi
Keseragaman pokok Seragam  Tidak seragam

14. Terdapat beberapa keperluan asas dalam sistem fertigasi iaitu:

  1. Tangki larutan baja
    - Perlukan 2 tangki untuk menyediakan larutan baja stok A dan B.
     
  2. Larutan stok baja
    - Baja stok A dan B perlu dilarutkan mengikut sukatan yang betul.
     
  3. Media tanaman
    - Coco peat, sekam padi, peat moss digunakan untuk menggantikan tanah
     
  4. Biji benih
    - Pastikan menggunakan benih yang bebas daripada penyakit
     
  5. Alat pengukur
    - Untuk mengukur kualiti air pengairan sistem fertigasi

15. Jenis dan varieti tanaman yang baik penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan berkualiti.

16. Pastikan pemilihan jenis tanaman dan varieti sesuai dengan persekitaran seperti suhu, kelembapan udara dan tahap pengurusan.

17. Terdapat 3 jenis sistem pengairan, iaitu 

  • Sistem pengairan percikan
  • Sistem pengairan kabus
  • Sistem pengairan titis

18. Elemen reka bentuk sistem fertigasi adalah seperti berikut:

  • Garisan
  • Bentuk
  • Tekstur
  • Saiz
  • Warna
  • Rupa
  • Ruang

19. Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi boleh dilakukan dari segi elemen dan kriteria yang telah digunakan.

20. Penilaian ini boleh dilakukan dengan menggunakan borang penilaian lakaran reka bentuk.

21. Ujian penilaian objek dilakukan pada sistem pengairan fertigasi untuk mengenal pasti sama ada sistem yang dipasang menepati ciri-ciri rekaannya.

22. Terdiri daripada ujian titisan model separa berfungsi dan ujian sambungan mock-up.

23. Pengurusan tanaman terbahagi kepada 4 kategori, iaitu:

  • Pengurusan prasemaian dan penanaman
  • Pengurusan semaian
  • Pengurusan penjagaan
  • Pengurusan tanaman