Jusifikasi Kedudukan Kewangan Sesebuah Perniagaan Berdasarkan Penyata Kewangan

 
4.6 Justifikasi Kedudukan Kewangan Sesebuah Perniagaan Berdasarkan Penyata Kewangan
 

Contoh perniagaan berasaskan produk:

MUSIDAH JATI ENTERPRISE memulakan perniagaan perabot pada tahun 2001. Perniagaan ini beroperasi di kawasan Taman Perindustrian Puchong dengan tiga orang pekerja untuk membekalkan perabot bagi penduduk setempat. Berdasarkan permintaan yang tinggi, perniagaan mempelbagaikan produk dan meluaskan pasaran, MUSIDAH JATI ENTERPRISE berjaya meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.

 
 

Analisis Nisbah Untung

Peratusan margin untung kasar

Peratusan margin untung kasar menunjukkan penurunan dari 32.1% pada tahun 2015 kepada 30.0% pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan untung kasar perniagaan semakin berkurangan dan kedudukan kewangan perniagaan kurang baik.

Peratusan margin untung bersih

Peratusan margin untung bersih menunjukkan penurunan dari 7.5% pada tahun 2015 kepada 6.4% pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan nilai untung bersih perniagaan semakin berkurangan. Perniagaan kurang cekap dalam pengurusan operasi sehingga untung bersih perniagaan berkurang.

Peratusan pulangan atas modal

Peratus pulangan atas modal menunjukkan penurunan dari 6.42% pada tahun 2015 kepada 4.8% pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan perniagaan kurang cekap dalam membuat pelaburan perniagaan.

Peratusan untung tokokan

Peratus peratusan untung tokokan menunjukkan penurunan dari 13.6% pada tahun 2015 kepada 10.0% pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan perniagaan tidak beroperasi dengan cekap dan berkesan. Perniagaan kurang cekap mengawal harga jualan dan kos jualan untuk menjana keuntungan perniagaan.

 
 

Analisis Nisbah Kecairan

Nisbah semasa

Nisbah semasa bagi perniagaan menunjukkan peningkatan dari 1.97 kali pada tahun 2015 kepada 2.05 kali pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukan perniagaan mampu membayar hutang jangka pendek (liabiliti semasa) dengan cepat.

 

Analisis Nisbah Kecekapan

Nisbah pusing ganti stok

Nisbah pusing ganti stok menunjukkan penurunan dari 7.11 kali pada tahun 2015 kepada 6.6 kali pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan perniagaan mempunyai masalah stok tidak laku atau terjual. Perniagaan terpaksa menanggung kos pemegangan, kos penyimpanan, dan kos keusangan stok yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan modal firma akan terikat pada stok yang tidak terjual.

Nisbah pusing ganti aset

Nisbah pusing ganti aset menunjukkan peningkatan dari 1.29 kali pada tahun 2015 kepada 1.35 kali pada tahun 2016. Keadaan ini menunjukkan perniagaan cekap dalam menguruskan asetnya untuk menjana jualan.