Mentafsirkan Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas

 
4.5 Mentafsirkan Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas
 

Analisis Nisbah Untung

Mengukur kadar untung atau pulangan yang diperoleh perniagaan

(i) Peratusan Margin Untung Kasar

  • Mengukur keuntungan setiap ringgit jualan bersih
  • Semakin tinggi margin, semakin baik kedudukan syarikat
  • Formula :

    \(\dfrac{Untung\,Bersih}{Jualan\,Bersih}\times 100\%\)

(ii) Peratusan Margin Untung Bersih

  • Keberkesanan perniagaan mengawal harga jualan dan kos untuk memaksimumkan keuntungan
  • Jika peratusan lebih tinggi, maka harga jualan yang dikenakan adalah lebih baik dari syarikat lain
  • Formula :
    \(\dfrac{Untung\,Kasar}{Kos\,Jualan}\times 100\%\)

(iii) Peratusan Untung Tokokan

  • Mengukur pulangan atas setiap ringgit modal yang dilabur
  • Nilai peratusan yang tinggi menunjukkan pelaburan yang baik
  • Formula : 
    \(\dfrac{Untung\,Bersih}{Modal\,Awal}\times 100\%\)
 
 

Analisis Nisbah Kecairan

Keupayaan aset dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa menjejaskan nilai aset. Ia menunjukkan keupayaan syarikat untuk menukarkan ke dalam bentuk tunai untuk tempoh yang singkat. Kecairan yang tinggi menunjukkan kemampuan perniagaan mendapatkan tunai untuk membayar hutang dalam tempoh yang singkat

(i) Nisbah Semasa

  • Mengukur kemampuan syarikat untuk membayar pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset semasa

  • Formula :
    \(\dfrac{Aset\,Semasa}{Liabiliti\,Semasa}\)

 
 

Analisis Nisbah Kecekapan

Menentukan kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok untuk menjana keuntungan.

(i) Pusing Ganti Stok

  • Menggambarkan kekerapan pusingan stok dalam setahun
  • Mengukur keupayaan firma menjual barangan tempoh tertentu
  • Lagi tinggi kadarnya, maka lebih cekap pengurusan stok
  • Formula : 
    \(\dfrac{Kos\,Jualan\,Barangan}{Stok\,Purata}\)

(ii) Pusing Ganti Aset

  • Kecekapan perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan.

  • Nisbah yang lebih tinggi adalah baik kerana kecekapan pengurusan aset

  • Formula :
    \(\dfrac{Jualan\,Bersih}{Jualan\,Aset}\)