Butiran dalam Penyata Kewangan

 
4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan
 

Butiran Dalam Penyata Pendapatan

1. Jualan Bersih

  • Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan
  • Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan

2. Kos Jualan

  • Kos dan belanja untuk membeli barang niaga

  • Cth : inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk

3. Belian Bersih

  • Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian

  • Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian

4. Kos Belian

  • Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan belanja atas belian iaitu angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian dan duti import
  • Kos Belian = Belian – Pulangan Belian + Belanja Atas Belian

5. Belanja

  • Kos yang dibayar dalam perniagaan
  • Cth : bayaran insurans, gaji, sewa bangunan

6. Untung Kasar

  • Jumlah untung yang diperoleh selepas mengambil kira belanja dan hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan
  • Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan

7. Untung Bersih

  • Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh perakaunan
  • Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil - Belanja
 
 

Butiran Dalam Penyata Kunci Kira-kira

1. Aset  Bukan Semasa

  • Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun dan tahap kecairan rendah
  • Cth : Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat

2. Aset Semasa

  • Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan kurang dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi
  • Cth : Inventori, tunai di tangan, deposit semasa dan akaun belum terima

3. Ekuiti Pemilik

  • Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan

  • Cth : Modal Awal

4. Liabiliti Bukan Semasa

  • Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya
  • Cth : Pinjaman bank, gadai janji dan pinjaman kerajaan

5. Liabiliti Semasa

  • Hutang perniagaan jangka pendek

  • Cth : Akaun Belum Bayar dan overdraf Bank

6. Ambilan

  • Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @ tunai) untuk kegunaan peribadi
  • Cth : Ambilan barang, aset @ tunai
 
 

Butiran Dalam Penyata Aliran Tunai

1. Baki b/b

  • Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh tertentu
  • Cth : Modal permulaan dan terbitan saham

2. Penerimaan

  • Jumlah pendapatan dan sumber wang yang diterima dalam sesuatu bulan
  • Cth : Jualan tunai, pinjaman dan penerimaan daripada penghutang

3. Pembayaran

  • Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang digunakan atau dibayar dalam sesuatu bulan tertentu
  • Cth: Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa

4. Lebihan / (Kurangan)

  • Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran
  • Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan

5. Baki h/b

  • Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di bank pada akhir tempoh tertentu
  • Cth : Baki h/b = (Baki b/b + jumlah penerimaan) – Jumlah Pembayaran
 
 

Kos Tetap

  • Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran.
  • Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurangan.
  • Contohnya, sewa, insurans dan bayaran balik pinjaman.
 

Kos Berubah

  • Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran.
  • Contohnya, kos bahan mentah, kos buruh langsung seperti upah, gaji dan duti atas bahan mentah.