Definisi Penyata Kewangan

 
4.1 Definisi Penyata Kewangan
 
 
  Penyata Kewangan  
 

Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.

Laporan kewangan ini mengandungi maklumat keuntungan atau kerugian perniagaan serta kedudukan nilai aset, liabiliti dan ekuiti sesebuah perniagaan.

 
     
 

1.  Penyata Pendapatan

  • Penyata pendapatan terdiri daripada ;
    (a) akaun perdagangan (ada jualan bersih dan kos jualan)
    (b) akaun untung rugi (ada hasil dan belanja).
 

2. Kunci Kira-kira

  • Penyata kedudukan kewangan menunjukkan harta dan hutang perniagaan.
  • Ada butiran aset (aset semasa dan aset bukan semasa), liabiliti (liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa) dan ekuiti pemilik
 

3. Penyata Aliran Tunai

  • Menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu.
  • Ia melaporkan kegiatan aliran tunai perniagaan khususnya kegiatan operasi, pelaburan dan kewangan.
  • Menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja