Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi

 
2.7 Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi
 

Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi

1. Kedua-dua sumber fizikal dan sumber teknologi saling berkait dalam operasi perniagaan sesebuah organisasi.
2. Kedua-dua sumber ini perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan agar urusan pengurusan dan pengeluaran perniagaan berjalan dengan lancar untuk mencapai objektif organisasi.

 

Contoh:

Agensi Pengiklanan Syila Sdn Bhd.

1. Syarikat merupakan sebuah agensi pengiklanan yang menyediakan iklan untuk pelanggan yang ingin terlibat dalam pengeluaran pelbagai industri dan produk.

2. Syarikat menyewa bangunan dan kemudahan untuk menjalankan operasi.

3. Peralatan untuk menghasilkan iklan seperti kamera dan komputer perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

4. Hal ini untuk memastikan pekerja mahir dapat menggunakan kamera berteknologi tinggi dan komputer untuk menghasilkan iklan yang berkualiti. Syarikat juga dapat menguruskan hak cipta hasil iklan bagi pihak pelanggan agar tidak disalahgunakan oleh pesaing.