Prosedur Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan

 
2.4 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
 

Prosedur Mengurus Sumber Teknologi

1. Pengurusan Paten

  • Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk suatu reka cipta, sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
  • Semua reka cipta yang ingin dipatenkan haruslah reka cipta yang belum dizahirkan oleh mana-mana perniagaan.
  • Pendaftaran paten penting kerana hak cipta perniagaan dapat dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Paten 1983 4.
  • Pendaftaran paten boleh dilakukan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia
 

2. Hak Cipta Terpelihara

  • Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya dalam tempoh tertentu.
  • Perlindungan hak cipta di malaysia adalah berdasarkan akta hak cipta 1987.
  • Hanya ekspresi idea yang direkodkan atau dijadikan bahan yang dizahirkan sahaja boleh diberikan perlindungan hak cipta.
  • Perlindungan hak cipta bertujuan untuk memastikan hasil karya tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak lain.
  • Antara karya-karya yang boleh diberikan perlindungan hak cipta ialah:
    (a) karya sastera;
    (b) karya muzik;
    (c) filem;
    (d) rakaman bunyi;
    (e) siaran;
    (f) karya terbitan.