Tujuan Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan

 
2.3 Tujuan Mengurus Sumber Teknologi Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
 
 
Sumber Teknologi
 

1. Harta Intelek

  • Harta intelek merupakan hasil kreativiti atau ciptaan daya intelek.
  • Organisasi harus mengurus harta intelek untuk menjaga perniagaan daripada ancaman cetak rompak, barang tiruan, penyalahgunaan, dan penggunaan tanpa kebenaran.
  • Contoh harta intelek ialah reka bentuk, lukisan, muzik, dan video.
 

2. Lesen Perisian

  • Lesen perisian merupakan perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian.
  • Usahawan melakukan kesalahan jenayah perdagangan jika menggunakan perisian bukan tulen, iaitu perisian tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah undang-undang dan juga oleh pemilik perisian.
 

3. Kemahiran dan Pengalaman

  • Kemahiran dan pengalaman pekerja dalam organisasi dapat menjamin kualiti kerja yang bermutu dan meningkatkan prestos i perniagaan.
  • Pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang diceburi dapat mengelakkan kesilapan semasa menjalankan tugas.
  • Pekerja yang cekap, mahir, dan berpengalaman dapat meningkatkan produktiviti perniagaan dan dibayar gaji yang tinggi.