Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan

 
2.2 Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
 
 

Prosedur Mengurus Sumber Fizikal

 

1. Perlindungan Insurans dan Keselamatan

  • Insurans penting untuk melindungi perniagaan daripada risiko seperti kebakaran dan kecurian.
  • Insurans kebakaran dapat melindungi bangunan, mesin, stok, dan kilang.
  • Insurans kecurian melindungi perniagaan daripada kehilangan atau kerosakan akibat rompakan atau kecurian.
  • Insurans lain yang boleh diambil seperti perlindungan wang, penghantaran stok tertangguh, perlindungan liabiliti awam.
  • Dari segi keselamatan, bangunan dan kilang harus dilengkapi dengan alat pemadam api, kamera litar tertutup,
 

2. Penyelenggaraan dan Baik Pulih Secara Terancang

  • Penyelenggaraan dan baik pulih merupakan gabungan tindakan pentadbiran dan teknikal untuk mengekalkan dan memulihkan sumber fizikal agar dapat berfungsi dengan baik.
  • Mesin, peralatan teknologi maklumat dan komunkasi perlu sentiasa diselenggara secara berkala agar operasi pengeluaran berjalan lancar dan dapat menjamin kelancaran pengeluaran serta keuntungan perniagaan.
  • Pengurusan baik pulih dan mesin perlu sentiasa dirancang dan dilaksanakan untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku.