Tujuan Mengurus Sumber Fizikal Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan

 
2.1 Tujuan Mengurus Sumber Fizikal Yang Diperlukan Dalam Operasi Sesebuah Perniagaan
 
 
 
  Sumber Fizikal  
  Aset yang berbentuk nyata atau ketara yang dimanfaatkan oleh organisasi untuk menjalankan aktiviti perniagaannya.  
     
 
Semua jenis sumber fizikal mestilah sentiasa berada dalam keadaan selamat, berfungsi, dan boleh digunakan dalam operasi pengeluaran produk dan perkhidmatan.
 
Sumber Fizikal
 

1. Kilang dan Mesin

  • Kilang ialah tempat untuk memproses bahan mentah kepada produk siap.
  • Mesin pula ialah jentera memproses bahan mentah.
  • Penyelenggaraan kilang dan mesin
 

2. Stok

  • Stok merupakan barang siap yang sedia untuk dijual dan disimpan di dalam stor.
  • Stok perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan stok sentiasa ada apabila dikehendaki
 

3. Produk Siap

  • Produk siap merupakan barang akhir yang telah siap diproses dan sedia untuk dijual.
  • Produk siap perlu diurus dengan baik untuk memastikan kualiti produk sentiasa terjamin
 

4. Bahan Mentah

  • Bahan mentah merupakan bahan yang digunakan dalam pengeluaran barang untuk menghasilkan barang lain atau barang siap.
  • Bahan mentah perlu diurus untuk memastikan tidak berlaku kerosakan bahan sebelum diproses.
 

5. Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

  • Semua peralatan yang digunakan dalam operasi perlu diurus dengan baik agar dapat memudahkan urusan perniagaan.
  • Antara contoh peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ialah telefon, komputer, dan mesin cetak.
 

6. Bangunan dan Kemudahan

  • Bangunan merupakan tempat untuk menjalankan operasi perniagaan.
  • Kemudahan pula ialah kelengkapan infrastruktur yang boleh membantu