Aspek Pengelolaan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan

1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan
 
Aspek Pengelolaan Sumber Manusia
  1. Penempatan Pekerja Dan Fasiliti;
    • Penempatan pekerja adalah mengikut kemahiran, kebolehan, minat dan pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan.
    • Menggunakan kemudahan yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan bekerja.
    • Contoh: Tukang jahit memerlukan mesin jahit elektrik untuk mempercepatkan aktiviti menjahit.
       
  2. Standard Prosedur Operasi Tugas (SOP);
    • SOP merupakan dokumen arahan bertulis untuk menyeragamkan pelaksanaan tugas.
    • SOP dapat memastikan kerja yang dilakukan mengikut piawaian dan mengurangkan risiko bahaya kepada pekerja.
    • Contoh: Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan ketika berada di tapak projek.
       
  3. Sistem Penggajian;
    • Sistem penggajian yang kompetitif dapat meningkatkan motivasi pekerja.
    • Jika sistem penggajian tidak adil, kesetiaan pekerja akan terganggu.
    • Seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan dapat gaji yang lebih tinggi.
       
  4. Penghargaan dan Hukuman;
    • Pekerja yang berprestasi tinggi perlu dibeli penghargaan.
    • Pekerja yang bermasalah boleh diberi amaran dan diambil tindakan untuk memperbaiki prestasi kerja.
    • Contoh: Pekerja yang cemerlang diberi anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
       
  5. Penyelesaian Masalah;
    • Menjadi orang tengah sekiranya berlaku masalah perselisihan faham.
    • Sentiasa adakan perbincangan secara berterusan bagi menggalakan komunikasi berkesan.
    • Contoh: Jika berlaku konflik antara pekerja, pengurusan sumber manusia bertanggungjawab menyelesaikannya.
       
  6. Struktur Organisasi;
    • Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan dan deskripsi tugas.
    • Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan mengikut keperluan setiap unit.
    • Contoh: Carta Organisasi.