11: Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih

11  Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih
Maksud dan Hukum Solat Sunat Istikharah
  • Maksud : Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.
  • Hukum : Sunat

Dalil Naqli Solat Sunat Istkharah

 Jabir Bin Abdullah Al-Ansari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengajarkan kami tentang istikharah. Baginda bersabda ;

(Riwayah Muslim)

Maksud : 

 Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara maka dirikanlah solat sunat dua rakaat selain daripada yang difardhukan.


 
 
Kaifiat Solat Sunat Istikharah Huraian
Niat

Lafaz :

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِ سْتِخا رَةِ ركعَتين اللهِ تعلى

Maksud : Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaat 2 Rakaat
Cara Pelaksanaan Bersendirian
Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun/Surah lain, Sempurnakan rukun-rukun lain sehingga bangun berdiri semula,

Rakaat Kedua : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas/Surah lain, Sempurnakan rukun-rukun lain sehingga beri salam, Berdoa denga doa-doa yang sesuai

Hikmah Menunaikan Solat Sunat Istikharah
1.Meningkatkan keimanan kepada Allah kerana menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan
2.Mendidik umat Islam agar sentiasa memohon sesuatu kepada Allah terutamanya dalam membuat keputusan
3. Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dengan memohon bantuan selain Allah seperti kepada bomoh.

Doa Istikharah

Rasululllah mengajar Jabir Bin Abdullah dengan doa ini.

Maksud :

 Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaanMu, dan aku memohon diberikan daripada kurniaanMu yang Agung, sesungguhnya Engkaulah berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui perkara ini (.....) ialah sesuatu yang baik kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini,  atau baik dalam waktu terdekat ini dan masa depan, maka tetapkanlah dan permudahkanlah untukku, berkatilah aku dengannya, dan apabila Engkau mengetahui perkara ini (......), tidak baik untukku, maka jauhkannya daripdaku dan jauhkanlah aku daripadanya, tetapkanlah kebaikan kepadaku dimana-mana sahaja kebaikan ini berada dan redhakanlah aku dengannya.

 
 
Maksud dan Hukum Solat Sunat Tasbih

Maksud : Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat.

Hukum : Sunat

Dalil Naqli Solat Sunat Tasbih

Rasulullah mengajar kepada Al-Abbas RA  tentang amalan yang dapat menghapuskan dosa. Sabda Rasulullah SAW :

(Riwayah Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tarmizi)

Maksud :

 Engkau solat sebanyak 4 rakaat, engkau baca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan surah. Apabila engkau telah selesai membacanya pada rakaat pertama dan ketika itu engkau masih berdiri, maka ucapkanlah 15 kali "سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ"  kemudian engkau ruku' dan bacalah (zikir tersebut) sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit daripada ruku' dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangkit daripada sujud bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, bacalah sebanyak 10 kali.Kemudian engkau bangkit daripada sujud bacalah sebanyak 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat. Kalau engkau mampu untuk menunaikannya, maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu, maka lakukanlah pada setiap hari jumaat. Kalau tidak mampu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali seumur hidup.


 
 
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Tasbih
1.Mendapat keampunan kerana mengamalkan sunnah Rasulullah.
2.Meraih ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana banyak bertasbih
3.Memberi ketenangan jiwa kerana banyak berzikir kepada Allah SWT

Kaifiat Solat Sunat Tasbih dengan Satu Salam Huraian
Niat

Lafaz :

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaat  4 rakaat 1 salam sekiranya dilakukan pada waktu siang
Cara Pelaksanaan  Bersendirian atau berjemaah
Bacaan dalam Solat

Setiap Rakaat (....) :   ruku' - tasbih 10 kali; iktidal - tasbih 10 kali, sujud - tasbih 10 kali, duduk antara dua sujud - tasbih 10 kali, sujud kedua - tasbih 10 kali

Rakaat Pertama : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun atau surah lain, tasbih 15 kali, (....), duduk istirahah sebelum bangun untuk rakaat kedua, bertasbih 10 kali.

Rakaat Kedua : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas atau surah lain, tasbih 15 kali, (....),  duduk tasyhadu awal dan membaca tahiyyat, bertasbih 10 kali.

Rakaat Ketiga : Surah Al-Fatihah, tasbih 15 kali, (....), duduk istirahah sebelum bangun untuk rakaat keempat, bertasbih 10 kali

Rakaat Keempat : Surah Al-Fatihah, tasbih 15 kali, (....), duduk tasyhadu akhir dan membaca tahiyyat, bertasbih 10 kali

Memberi Salam

Kaifiat Solat Sunat Tasbih dengan 2 Salam Huraian
Niat

Lafaz :

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّسْبِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaat  4 rakaat 2 salam sekiranya dilakukan pada waktu malam
Cara Pelaksanaan  Bersendirian atau berjemaah
Bacaan dalam Solat

Setiap Rakaat (....) :   ruku' - tasbih 10 kali; iktidal - tasbih 10 kali, sujud - tasbih 10 kali, duduk antara dua sujud - tasbih 10 kali, sujud kedua - tasbih 10 kali

Rakaat Pertama : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun atau surah lain, tasbih 15 kali, (....), duduk istirahah sebelum bangun untuk rakaat kedua, tasbih 10 kali.

Rakaat Kedua : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas atau surah lain, tasbih 15 kali, (....), duduk tasyhadu awal dan mebaca tahiyyat, tasbih 10 kali.

Memberi Salam