02: Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24

 

 
2  Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24
 
 
Baca dengan betul, lancar, bertajwid dan fasih

لَو أَنزَلنا هٰذَا القُرآنَ عَلىٰ جَبَلٍ لَرَأَيتَهُ خاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِن خَشيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلكَ الأَمثالُ نَضرِبُها لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ (٢١)

هُوَ اللَّهُ الَّذي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عالِمُ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ ۖ هُوَ الرَّحمٰنُ الرَّحيمُ (٢٢)

هُوَ اللَّهُ الَّذي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ المَلِكُ القُدّوسُ السَّلامُ المُؤمِنُ المُهَيمِنُ العَزيزُ الجَبّارُ المُتَكَبِّرُ ۚ سُبحانَ اللَّهِ عَمّا يُشرِكونَ(٢٣)

هُوَ اللَّهُ الخالِقُ البارِئُ المُصَوِّرُ ۖ لَهُ الأَسماءُ الحُسنىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ (٢٤)

  
 
Potongan Ayat Maksud

لَو أَنزَلنا هٰذَا القُرآنَ عَلىٰ جَبَلٍ لَرَأَيتَهُ خاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِن خَشيَةِ اللَّهِ 

 Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini  ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah

وَتِلكَ الأَمثالُ نَضرِبُها لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ (٢١)

 Dan contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada manusia supaya mereka memikirkannya.

هُوَ اللَّهُ الَّذي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عالِمُ الغَيبِ وَالشَّهادَةِ ۖ هُوَ الرَّحمٰنُ الرَّحيمُ (٢٢)

 Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah, lagi  Maha Mengasihani.

 هُوَ اللَّهُ الَّذي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ المَلِكُ القُدّوسُ السَّلامُ المُؤمِنُ المُهَيمِنُ العَزيزُ الجَبّارُ المُتَكَبِّرُ                                 

 Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (seluruh alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Memelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Berkuasa dan Yang Memiliki Segala  Keagungan.

سُبحانَ اللَّهِ عَمّا يُشرِكونَ(٢٣)

 Maha suci Allah daripada apa yang mereka prsekutukan

هُوَ اللَّهُ الخالِقُ البارِئُ المُصَوِّرُ ۖ لَهُ الأَسماءُ الحُسنىٰ

 Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya;

يُسَبِّحُ لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ (٢٤)

 Bertasbih kepadanya segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

Intisari Ayat
1. Al-Quran merupakan mukjizat yang teragung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Kita hendaklah menerima Al-Quran secara keseluruhan dengan penuh keyakinan.
3. Hanya Allah SWT yang berhak disembah dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia.
4. Allah SWT memiliki segala sifat kesempurnaan dan keagungan sebagai pencipta alam
5. Seluruh makhluk bertasbih kepada Allah SWT sebagai tanda pengabdian kepada penciptanya tanpa mempersekutukannya