Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Melaksanakan muamalat Islam secara beradab dan istiqamah
16: Muamalat Islam
16
Muamalat Islam
Maksud Muamalat Islam
Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.
Hukum Melaksanakan Muamalat Islam
Harus.
Dalil Naqli Muamalat Islam
وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟
Maksud
:
Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah, ayat 275)
Matlamat Pensyariatan Muamalat dalam Islam
Menunjukkan keadilan Allah SWT dalam mengatur urusan kehidupan manusia.
Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah.
Menjaga kepentingan penjual dan pembeli serta penyewa dan pemilik.
Segala urusan dalam muamalat Islam bertepatan dengan matlamat syariat Islam.
Mendapat keredaan Allah kerana melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dalam urusan harian.
Kepentingan Memahami Dan Mengamalkan Muamalat Islam
Dalil Naqli Tuntutan Beramal dengan Muamalat Islam
(٢٩) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Maksud
:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta benda sesama kamu dengan jalan yang salah (batil), kecuali dengan perniagaan yang dilakukan secara saling meredai antara kamu. (Surah An-Nisa', ayat 29)
Dalil Naqli Ancaman Tidak Beramal dengan Muamalat Islam
وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ (١) الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ (٢) وَإِذَا كَالُوهُمْ أَوْ وَزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ (٣) أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ (٤) لِيَوْمٍ عَظِيمٍ (٥) يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (٦)
Maksud
:
Kecelakaan besar bagi orang yang menipu (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia ketika menghadap Tuhan semesta Alam? (Surah Al-Mutaffifin, ayat 1 - 6)
Perbandingan antara Muamalat Islam dengan Konvensional
Muamalat Islam
Konvensional
Bersumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah
Bersumberkan teori dan pemikiran manusia semata-mata
Mengharamkan riba
Mengamalkan riba
Bebas daripada unsur judi dan gharar
Mengandungi unsur judi dan gharar
Berteraskan keimanan kepada Allah SWT
Berteraskan keuntungan kekayaan
Unsur yang Diharamkan dalam Muamalat Islam
Riba
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang.
Contoh:
Iman berhutang daripada Ilham sebanyak RM100.00 dengan syarat Iman mesti membayar lebih dari kadar hutang tersebut.
Gharar
Kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Contoh
:
Menjual burung liar di udara.
Judi
Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga.
Contoh
:
Mempertaruhkan wang dalam sesuatu perlumbaan.
Dharar
Setiap perkara yang membawa kerosakan.
Contoh
:
Melakukan transaksi barang terlarang seperti senjata api kepada kanak-kanak.
Maksud Akad dalam Muamalat Islam
Bahasa
:
Ikatan, simpulan
Istilah
:
Ijab dan qabul dalam urusan perniagaan dan kewangan.
Rukun dan Syarat Akad
Pihak yang berakad
: Penjual, pembeli.
Sesuatu yang diakadkan
: Harga, barang.
Sighah
: Ijab, Qabul.
Syarat-Syarat Akad dalam Muamalat Islam
Pihak yang Berakad
Penjual dan pembeli mestilah baligh, berakal dan mampu memelihara dan mengurus hartanya.
Melibatkan dua pihak dan bebas membuat pilihan.
Perkara yang Diakadkan
Mestilah wujud ketika akad berlaku.
Barang atau perkhidmatan yang diakadkan adalah halal.
Dapat diserahkan ketika akad.
Sighah
Lafaz ijab dan qabul adalah sepadan.
Contoh
: "Ali menyatakan lafaz ijab dengan berkata saya beli sehelai baju ini dengan harga RM100 dan Ahmad berkata ia itu bersetuju menerima tawaran tersebut."
Lafaz ijab dan lafaz qabul tidak diikat dengan syarat tertentu.
Contoh
: "Abdullah menyatakan saya jual basikal ini kepada awak dengan harga RM 1000.00, Apabila saya menyambung pelajaran ke luar negara."
Lafaz ijab dan lafaz qabul dalam satu pertemuan.
Jenis Akad dalam Muamalat Islam
1. Pertukaran
Jual beli
Maksud
Suatu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli.
Contoh
Membeli makanan di kantin sekolah dengan duit.
Sewaan
Maksud
Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu.
Contoh
Sewaan rumah.
2. Kebajikan
Hibah
Maksud
Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup.
Contoh
Memberikan sebuah rumah kepada anak.
Kardu
Maksud
Memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang imbuhan (faedah) dan perlu membayar kembali dengan jumlah yang sama.
Contoh
Memberikan pinjaman wang RM100.00 untuk kegunaan peribadi.
Wakaf
Maksud
Mewakafkan harta yang dapat diambil manfaatnya serta kekal fizikalnya (ainnya), untuk penggunaan yang baik serta bertujuan mendapat keredhaan Allah SWT.
Contoh
Mewakafkan rumah untuk pusat penjagaan anak-anak yatim.
Wadiah
Maksud
Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya.
Contoh
Simpanan wang.
3. Perkongsian
Musyakarah
Maksud
Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh dua orang atau lebih.
Contoh
Perkongsian untuk menubuhkan syarikat perniagaan.
Mudarabah
Maksud
Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat dibahagikan antara mereka.
Contoh
Pemodal memberikan RM10 000.00 kepada pengusaha untuk perniagaan buah-buahan, dan kadar keuntungan yang dipersetujui 60% untuk pengusaha dan 40% untuk pemodal.
4. Agihan
Wakalah
Maksud
Mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain.
Contoh
Arsyad mewakilkan Syafiq untuk menjual sebuah rumahnya dan Syafiq akan dibayar imbuhan yang dipersetujui.
5. Jaminan
Kafalah
Maksud
Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi.
Contoh
Muhammad menjadi penjamin kepada Ahmad yang membuat pembiayaan daripada sebuah bank.
Rahnu
Maksud
Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang.
Contoh
Maimunah menggadaikan gelang emas kepada bank bagi mendapatkan pinjaman daripada bank.

Chapter : Feqah
Topic : Melaksanakan muamalat Islam secara beradab dan istiqamah
Form 4
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 4
Related notes
13: Haji dan Umrah
14: Sembelihan
15: Qurban dan Aqiqah
17: Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Gerhana
1: Surah Al-An'am Ayat 162-163
2: Surah Al-Kahfi Ayat 101-110
3: Hukum Mad Silah, Mad Lazim dan Qalqalah
4: Larangan Rasuah
5: Memahami Sunnatullah
6: Larangan Mempersendakan Agama
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account