14: Sembelihan

 

14  Sembelihan
Maksud Sembelihan
  • Bahasa: Memotong
  • Istilah: Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari'
 
Hukum Sembelihan
  • Wajib (supaya halal dimakan dagingnya)
 
Dalil Sembelihan

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

Surah Al-Maidah: Ayat 3
 
Rukun Sembelihan
  1. Penyembelih
  2. Binatang sembelihan 
  3. Alat sembelihan
 
Syarat Sah Sembelihan
  1. Penyembelih:
  • Beragama Islam atau ahli kitab
  • Melakukan penyembelihan hanya kerana Allah SWT

       2. Bintang Sembelihan

  • Masih mempunyai hayat mustaqirrah
  • Putus urat halkum dan mari' dengan segera dan sekali sembelihan

       3. Alat sembelihan

  • Alatan yang boleh melukakan binatang sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang
 
Perkara Sunat Sembelihan
  1. Penyembelih
  • Penyembelih menajamkan pisau
  • Menyembelih pada waktu siang
  • Menghadap kiblat
  • Membaca bismillah

       2. Binatang sembelihan

  • Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kiri

       3. Alat sembelihan

  • Alat sembelihan ialah alatan yang tajam seperti pisau
 
Perkara Makruh Sembelihan
  1. Penyembelih
  • Menyembelih di hadapan binatang lain
  • Menyembelih pada waktu malam
  • Tidak menghadap kiblat
  • Tidak membaca bismillah

      2. Binatang sembelihan

  • Menyeksa binatang

      3. Alat sembelihan

  • Menggunakan pisau yang tumpul
 
Hikmah Sembelihan dari Sudut Syarak dan Sains
  • Membezakan antara daging halal dengan daging yang haram
  • Menghindar diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan bakteria yang terdapat dalam binatang telah dikeluarkan
  • Mempercepat proses kematian binatang yan disembelih