15: Qurban dan Aqiqah

 

15  Qurban dan Aqiqah
Maksud Qurban
  • Menyembelih binatang ternakan (Al-An'am) pada 10 zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Hukum: Sunat muakkad dan wajib jika bernazar
 
Dalil Naqli Qurban

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Surah Al-Kauthar: Ayat 2
 
Syarat Sah Qurban 
  1. Berniat qurban
  2. Masa pelaksanaan
  3. Binatang cukup umur
  4. Binatang bersifat Al-An'am
 
Perkara Sunat Qurban
  • Orang yang berkorban disunatkan untuk tidak bercukur dan memotong kukunya pada permulaan bulan zulhijjah sehingga selesai berqurban
  • Melakukan penyembelihan qurban dengan sendiri dan tidak mewakilan kepada orang lain jika mampu
  • Melaksanakan segala sunat sembelihan
  • Membaca "bismillahi wallahu akbar" dan berselawat ke atas rasullullah ketika menyembelih
 
Tempoh Pelaksanaan Qurban
  • 1 zulhijjah: Orang yang berkorban makruh bercukur dan memotong kuku
  • Qurban tidak sah dilakukan sebelum 10 zulhijjah
  • 10 zulhijjah: Waktu sembelihan yang afdhal bermula selepas naik matahari selepas solat sunat aidiladha dan dua khutbah
  • 11, 12 dan 13 zulhijjah: Sunat pelaksanaan qurban
  • 14 zulhijjah: Qurban tidak sah dilakukan selepas terbenam matahari 13 zulhijjah
 
Pembahagian Daging Qurban
  • 1/3 dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran-jiran
  • 1/3 dimakan oleh pihak yang berkorban dan anggota keluarganya
  • 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin
 
Hikmah Qurban
  1. Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda taqwa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT
  2. Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam
  3. Tanda bersyukur kepasa Allah SWT atas segala nikmat 
 
 
Maksud Aqiqah
  • Binatang ternakan (Al-An'am) yang disembelih sempena kelahiran bayi
  • Hukum: Sunat muakkad dan wajib jika bernazar
 
Dalil Naqli Aqiqah

الغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

(Riwayat Tirmizi)
 
Syarat Sah Aqiqah
  1. Berniat Aqiqah
  2. Masa pelaksanaan
  3. Binatang cukup umur
  4. Binatang bersifat Al-An'am
 
Perkara Sunat Aqiqah
  • Berdoa semasa hendak menyembelih: 
 (sebut nama anak)....بِسْمِ اللهِ اللَّهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنكَ وَإِلَيْكَ عَقِيقَةٌ 
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik
  • Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran
  • Tidak dipatah-patahkan tulang binatang semasa memotong daging kecuali mengikut sendi-sendinya
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan. Memberikan nama yang baik kepada bayi
 
Tempoh Pelaksanaan Aqiqah
  • Sunat: Seteleh sempurna kelahiran sehingga bayi itu baligh
  • Sunat muakkad: Pada hari ketujuh kelahiran bayi
 
Pembahagian Daging Aqiqah
  • Sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan sesudah masak
  • Masakan itu afdhal disedekahkan kepada orang miskin
  • Masakan itu juga sunat dimakan oleh orang ynag beraqiqah
 
Hikmah Aqiqah
  • Menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan cahaya mata
  • Menghebahkan berita kelahiran supaya tidak timbul prasangka
  • Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil