17: Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Gerhana

17  Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Gerhana
Solat Sunat Dhuha
  • Maksud: Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari
  • Hukum: Sunat muakkad
 
Dalil Solat Sunat Dhuha

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

 
Kaifiah menunaikan solat sunat dhuha
Niat 

Lafaz niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

Bilangan rakaat

2, 4, 6 atau 8 rakaat
Cara pelaksanaan Digalakkan secara bersendirian
Bacaan dalam solat

Rakaat pertama:

1) Surah Al-Fatihah

2) Surah As-Syams atau surah lain

Rakaat kedua:

1) Surah Al-Fatihah

2) Surah Ad-Dhuha atau surah lain 

  Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam
 
Hikmah menunaikan solat sunat dhuha
  1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi meraih kasih sayang Allah
  2. Membuktikan ketaatan kepada Allah SWT 
  3. Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT
 
Solat sunat gerhana
  • Maksud: Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu
  • Hukum: Sunat muakkad
 
Dalil solat sunat gerhana

  إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَادْعُوا اللَّهَ وَ صَلُّوا حَتَّى تَنْكَشِفَ

 
Hikmah menunaikan solat sunat gerhana
  • Menginsafi kekuasaan Allah SWT terhadap penciptaan alam semesta agar sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan
  • Memberikan peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakan dan kemungkaran
  • Memandu manusia mentauhidkan Allah SWT kerana meninggalkan amalan khurafat semasa gerhana
 
Kaifiat menunaikan solat sunat gerhana
Niat

Gerhana bulan (makmum):

اُصَلِّىْ سُنَّةَ خُسُوْفِ اْلقَمَرِ رَكْعَتـَيْنِ مـأَمُومًـا لِلّهِ تـَعَـالَى

Gerhana matahari (makmum):

اُصَلِّىْ سُنَّةَ كُ سُوْفِ اْلشَّمْسِ رَكْعَتـَيْنِ مـأَمُومًـا لِلّهِ تـَعَـالَى

Bilangan rakaat 2 rakaat
Waktu Dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan
Cara Pelaksanaan Digalakkan secara berjemaah
Bacaan dalam solat

Rakaat pertama dan rakaat kedua:

- Surah Al-Fatihah dan surah lain

Rukuk pertama

Rakaat pertama:

Sebaik-baiknya panjang jukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat pertama untuk kali kedua

Rakaat kedua:

Sebaik-baiknya memanjangkan kadar rukuk seperti kadar panjang bacaan surat pada rakaat kedua

Qiam

Rakaat pertama dan rakaat kedua:

Surah Al-Fatihah dan surah lain

Rukuk kedua

Rakaat pertama:

Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat pertama untuk kali kedua

Rakaat kedua:

Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat kedua untuk kali kedua

Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam