Kronologi Peristiwa Penting sebelum Kerasulan |
Umur |
Peristiwa |
Iktibar |
Selepas kelahiran |
Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa'diyah di perkampungan Bani SA'ad yang jauh daripada unsur negatif. |
Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi seorang rasul yang agung. |
2-4 tahun |
Dada baginda dibelah oleh malaikat Jibril. |
4-6 tahun |
- Nabi Muhammad tinggal dengan ibu baginda.
- Ketika umur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah.
- Ibu baginda meninggal di Abwak dalam perjalanan pulang ke Mekah.
|
6-8 tahun |
- Nabi Muhammad dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Mutalib sehingga datuk baginda meninggal dunia.
- Selepas itu, nabi tinggal dengan bapa saudara baginda, Abu Thalib.
|
12 tahun |
- Nabi Muhammad ikut Abu Talib ke Sham.
- Di pertengahan jalan, Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira Ar-Rahib ketika di bandar Busra, sempadan Sham supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.
|
20 tahun |
- Baginda bersama-sama bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Hilf Al-Fudhul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan.
- Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara sususan di perkampungan Bani Sa'as kemudian di Mekah.
|
25 tahun |
- Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan diluar Kota Mekah Al-Mukarramah.
- Baginda berurusan dengan Saidatina Khadijah RA, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia.
- Rasulullah membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke Sham dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah.
- Semasa di Sham, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah.
- Akhirnya, Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.
- Sekembali Rasulullah kali kedua dari Sham, Saidatina Khadijah memutuskan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.
- Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.
- Saidatina Khadijah menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah binti Munabbih untuk menyatkan hasrat beliau kepada Nabi Muhammad SAW.
- Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RAnha melalui bapa saudaranya Amru bin Asad.
- Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah dikurniakan enam orang anak.
|
- Jujur
- Menjaga adab dan batas pergaulan
- Menghormati keluarga
|
35 tahun |
- Mekah dilanda banjir besar hingga meruntuhkan dinding Kaabah.
- Qabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Kaabah.
- Nabi Muhammad SAW turut serta membantu.
- Ketika sampai masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku perebutan antara ketua qabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.
- Akhirnya Abu Umaiyah, seorang yang dihormati dalam kalangan qabilah Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara.
- Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu.
- Dengan takdir Allah, orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW.
- Semua yang melihat Nabi Muhammmad SAW masuk ke masjid berkata "Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi amanah).
- Nabi Muhammad SAW menghamparkan ridak (selendang) baginda kemudian meletakkan hajarul aswad di tengah-tengahnya.
- Baginda meminta ketua-ketua qabilah memegang hujung ridak tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah.
- Lalu, baginda mengambil hajarul aswad dan meletakkannya di tempat asal.
- Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.
|
- Bersifat tawaduk.
- Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab.
- Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana.
- Mendamaikan kehidupan masyarakat.
|
40 tahun |
- Menerima wahyu pertama.
- Baginda bersendirian di gua hirak untuk beribadah dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliyah.
- Baginda didatangi malaikat Jibril dalam bulan Ramadhan.
- Jibirl memeluk Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda membaca namun bagind menjawab baginda tidak tahu.
- Jibril mengajar wahyu pertama.
- Baginda menjalankan tugas dakwah setelah menerima perintah daripada Allah dengan gigih dan sabar.
- Dakwah yang disampaikan baginda mendapat sambutan masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.
- Ada juga yang menentang dakwah Nabi Muhammad SAW.
|
- Tidak suka dengan kesesatan masyarakat.
- Beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk.
- Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah.
- Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah.
|
51 tahun |
- Israk dan Mikraj.
- Nabi Muhammad dibawa pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin.
- Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran yang akan berlaku kepada umat baginda.
- Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjidil Aqsa.
- Baginda dibawa mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha.
- Baginda menghadap Allah dan menerima kefardhuan solat lima waktu.
- Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan menceriakan pengalaman baginda kepada penduduk Mekah.
|
- Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad.
- Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum baginda.
- Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah yang paling utama dalam Islam.
- Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran.
|
53 tahun |
- Hijrah ke Madinah dan pembentukan Islam.
- Orang Kafir menghalang dakwah Nabi Muhammad menerusi pelbagai cara.
- Sahabat diseksa dan dibunuh.
- Nabi Muhammd mendapat perintah daripada Allah bersama-sama sahabat untuk berhijrah ke Yathrib.
- Berlaku 13 tahun selepas kerasulan.
- Nabi Muhammad menyahut perintah Allah dengan mengharungi pelbagai ujian bersama-sama Saidina Abu Bakar.
- Baginda singgah di Quba dan bina masjid pertama.
- Akhirnya mereka berjaya sampai ke Madinah dengan selamat menerusi perancangan yang rapi.
- Baginda membina pemerintahan berteraskan wahyu.
- Baginda membina masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, menggubal piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.
- Baginda bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah dengan semangat juang yang hebat.
- Antara peperangan yang di[impin oleh Nabi Muhammad SAW termausklah peperangan Badar, Uhud, Khaibar,pembukaan Mekah dan Hunain.
|
- Nabi Muhammad sanggup berkorban demi mengakkan agama Allah
- Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah
- Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu
- Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik
|
63 tahun |
- Kewafatan Rasulullah SAW.
- Dhuha, Isnin 12 Rabiul Awal, tahun 11 Hijrah.
- Nabi Muhammad SAW dijemput menemui Allah di rumah Saidatina Aisyah.
- Berita duka kewafatan Nabi Muhammad kekasih Allah menggemparkan penduduk Madinah.
- Jasad baginda dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah.
|
- Nabi Muhammad SAW diutuskan Allah untuk memimpin manusia ke jalan yang benar.
- Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian Islam.
- Baginda membentuk tamadunyang seimbang dan sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini.
- Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang tiada tolok banding.
|