07: Iblis dan Syaitan Durjana

7   Iblis dan Syaitan Durjana

Al-Baqarah Ayat 34-37
 34.

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.

وَاِذْ قُلْنَا لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ اسْجُدُوْا لِاٰدَمَ فَسَجَدُوْٓا اِلَّآ اِبْلِيْسَۗ اَبٰى وَاسْتَكْبَرَۖ وَكَانَ مِنَ الْكٰفِرِيْنَ

 35.

Dan Kami berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan istrimu di dalam surga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim!”

وَقُلْنَا يٰٓاٰدَمُ اسْكُنْ اَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَاۖ وَلَا تَقْرَبَا هٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُوْنَا مِنَ الظّٰلِمِيْنَ

 36.

Lalu setan memperdayakan keduanya dari surga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (surga). Dan Kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan.”

فَاَزَلَّهُمَا الشَّيْطٰنُ عَنْهَا فَاَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيْهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوْا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۚ وَلَكُمْ فِى الْاَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَّمَتَاعٌ اِلٰى حِيْنٍ

 37.

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima tobatnya. Sungguh, Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.

فَتَلَقّٰٓى اٰدَمُ مِنْ رَّبِّهٖ كَلِمٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۗ اِنَّهٗ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

 

Ketaatan Malaikat dan Penderhakaan Iblis
Malaikat: Hamba Allah yang taat segala perintahNya
Malaikat melakukan segaa arahan dan suruhan Allah SWT
Hubungan malaikat dengan Allah: perhambaan secara mutlak
Iblis: Peringkat awal, iblis sentiasa patuh beribadah
Iblis enggan tunduk hormat kepada Nabi Adam setelah diperintahkan oleh Allah
Semua malaikat tunduk hormat kecuali iblis
Iblis berbangga, sombong dan takbur dengan asal kejadian yang dirasakan lebih baik daripada Nabi Adam AS

 

Perintah dan Larangan Allah SWT kepada Nabi Adam AS dan Isterinya
Perintah Allah: menghuni dan menikmati makanan di dalam syurga
Larangan Allah: jangan menghampiri sejenis pohon dan memakan buahnya

 

 Cara-Cara Syaitan Menyesatkan Manusia
 Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
 Menghasut manusia supaya meninggalkan suruhan Allah SWT
 Menghasut manusia supaya melakukan larangan Allah SWT
 Menimbulkan perasaan riya apabila beramal
 Menggalakkan amalan sesat

 

Aspek Cara-Cara Menghindari Godaan Syaitan
Aqidah Memperkuat aqidah kepada Allah: Rukun iman
Ibadah

Menunaikan ibadah wajib: solat, puasa, zakat, haji

Memperbaiki ibadah sunat: solat, puasa, membaca Al-Quran, sedekah, zikir 

Akhlak Menghias diri dengan akhlak mahmudah: memulakan sesuatu perbuatan dengan istia'zah, basmalah dan doa

 

Pengajaran Ayat
Kita perlulah mencontohi malaikat yang memberikan sepenuh ketaatan kepada Allah SWT tanpa bantahan
Kita hendaklah menjauhi sifat sombong dan takabur kerana sifat ini merugikan diri
Kita seharusnya tidak mudah terpedaya dengan godaan syaitan agar hidup selamat di dunia dan di akhirat
Kita seharusnya tidak mudah terpedaya dengan godaan syaitan agar hidup selamat di dunia dan di akhirat
Kita mesti segera bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa kerana pintu taubat sentiasa terbuka