06: Segala Puji Bagi Allah SWT

6  Segala Puji Bagi Allah SWT

Al-Fatihah Ayat 1-7
 1.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

 2.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْن

 3.

Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

 4.

Pemilik hari pembalasan.

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ

 5.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ

 6.

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ

 7.

(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ

 
Pujian Hanya kepada Allah SWT
Ucapan Basmalah mengajar kita supaya melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah
Ucapan Alhamdulillah ialah kata pujian yang dikhususkan bagi Allah sebagai tuhan yang mencipta dan mentadbir alam
Menyebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim menunjukkan puji-pujian kepada Allah yang menunjukkan rahmat dan kasih sayang kepada hambaNya
 

 

Beriman kepada Hari Akhirat
Ayat 4 menjelaskan bahawa hanya Allah yang memerintah pada hari akhirat 
Hari Akhirat merupakan hari pembalasan terhadap amalan manusia selepas kemusnahan alam dunia
Hanya Allah berkuasa menghukum dan membalas perbuatan manusia
Segala amalan manusia akan disoal, dihitung dan ditimbang oleh Allah
Semua manusia pada hari itu akan berada di bawah kekuasaanNya

 

Menyembah Allah dan Meminta Pertolongan hanya daripadaNya
Allah mengajar erti Ubudiyah dan Istia'nah
Ubudiyah: mengkhususkan pengabdian diri hanya kepada Allah 
Segala ibadah yang dilakukan hanya ditujukan kepada Allah
Istia'nah: Memohon kepada Allah untuk mendapat kebaikan dan menolak keburukan dunia dan akhirat

 

Jalan yang Diredhai Allah SWT
Allah mengajar kita supaya memohon hidayah ke jalan yang benar
Hidayah: perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia untuk capai kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Golongan yang benar dan mendapat petunjuk 

 

Pengajaran Ayat
Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca Basmalah untuk mendapat keberkatan
Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz Alhamdulillah untuk mensyukuri nikmat kurniaanNya
Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan Allah pada hari Kiamat sebagai motivasi untuk beramal soleh dan menghindari kejahatan
Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT bagi menghindari perbuatan syirik
Setiap muslim hendaklah memohon hidayah Allah agar istiqamah beramal dengan ajaran Islam