Standard Pembelajaran:
- Membaca dan menghafaz ayat 1-5 Surah Al-Baqarah dengan betul dan bertajwid
- Menyatakan intisari ayat
- Mengamalkan ayat 1-5 Surah Al-Baqarah dalam solat dan zikir secara beradab dalam kehidupan seharian
Al-Baqarah Ayat 1-5 |
1. |
Alif Lam Mim. |
الٓمٓ |
2. |
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang syak padanya (datangnya daripada Allah SWT dan tentang kesempurnaannya), menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. |
ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْن |
3. |
Iaitu orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelenjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. |
الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَ
|
4. |
Dan juga orang yang beriman kepada (kitab Al-Qur'an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab yang diturunkan sebelum daripadamu, serta mereka yakin (dengan sepenuhnya) akan (adanya) hari akhirat.
|
وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ وَبِالْاٰخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَۗ |
5. |
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya.
|
اُولٰۤىِٕكَ عَلٰى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ ۙ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ |
Intisari Ayat:
Al-Quran:
- Tidak ada sebarang syak padanya
- Panduan bagi orang yang bertakwa
Ciri Orang yang Bertakwa:
- Beriman kepada perkara ghaib
- Mendirikan solat
- Menginfakkan harta
- Beriman kepada kitab
- Beriman kepada hari Akhirat